Showing posts with label IKEA baru. Show all posts
Showing posts with label IKEA baru. Show all posts

Ikea Cheras - Idea Dekorasi Dalaman


Berkunjung ke Ikea Cheras buat kali pertama setelah dibuka untuk orang ramai. Pertama kali sampai ke sini dengan jalan yang penuh sesak adalah perkara biasa bagi mereka berada disekitar Kuala Lumpur ..maklumlah ikea cheras terletak berhampiran dengan pusat bandar.


Bagi yang belum pernah sampai ke sana, Ikea Cheras terletak di jalan Cochrane..boleh lihat lokasi di dalam peta di atas.


Sebaik sahaja memasuki gedung Ikea, fuhh ramainye orang..besesak-sesak dan beratur panjang, namun taklah sesesak hari pertama ia dibuka.


Fokus utama saya ke Ikea, Cheras ialah untuk melihat sendiri tawaran barangan murah yang dikatakan dan mengambil sedikit idea untuk tujuan dekorasi rumah. Dari segi susun atur ikea cheras tidak jauh beza berbanding ikea Damansara, cuma Ikea Cheras lebih luas dan besar.



 





IKEA Cheras Kini Dibuka


Bagi anda yang meminati barangan perabot Dan kelengkapan rumah Dari IKEA, kini anda tidak perlu bersusah lagi untuk ke Damansara.. 



IKEA cheras kini dibuka untuk orang ramai. TerletakJalan Cochrane, Cheras..IKEA Cheras merupakan cawangannya yang kedua selepas IKEA Damansara.



Dengan keluasan 42,000 meter persegi, menjadi IKEA Cheras lebih Luas, dengan 56 ruang pameran dan lebih dari 8,500 produk untuk dijadikan perabut dan dekorasi untuk rumah anda.



Sempena pembukaan cawangan IKEA Cheras, banyak tawaran yang menarik yg disediakan untuk pengunjung, sehinggakan ada yang sanggup beratur panjang bagi mendapatkan barangan yang ditawarkan dengan harga murah.