Showing posts with label Rumah cantik. Show all posts
Showing posts with label Rumah cantik. Show all posts

Tips Menjadikan Ruang Tamu Kelihatan Mewah


Bagi anda yang sedang mencari idea untuk menghias ruang tamu agar tampak elegen dan mewah. Di sini saya ingin berkongsi 5 idea atau tips bagi membangkitkan suasana mewah di ruang tamu.

Pertama: Perabot yang digunakan mestilah yang bermutu tinggi. Sofa kini boleh digayakan samaada klasik, moden dan urban.

Kedua: Warna juga memainkan peranan yg penting dalam menimbulkan suasana mewah.  Padanan kertas dinding yang sesuai akan membangkitkan suasana yang elegan dan mewah jika betul kombinasi warnanya.

Ketiga: Gunakan Fabrik Langsir seperti jacquard tebal polos atau bercorak, sutera thai, baldu yang berat dan beralun, renda perancis dan banyak lagi. Fabrik tebal dan beralun menjadi pilihan masa kini.

Keempat: Permaidani sutera Parsi menjadi pilihan untuk imej mewah, lagi halus buatan dan corak adalah lebih baik.

Kelima: Perhiasan pelbagai jenama seperti Lalique, Hermes, Versace, Royal Doulton, Portmeirion, Elle, Feberge, Royal Selangor antara hiasan yang menjadi pilihan.