Landcape Gazebo Mudah dan Praktikal


Gazebo adalah bagunan kecil yang direka khusus untuk memberikan suasana pemandangan yang menarik dan menyenangkan untuk sesebuah kediaman mahupun resort. Kayu cengal, meranti dan balau antara jenis kayu yang popular dan sering digunakan dalam penghasilan gazebo dan perabut. Spesis kayu tahan lasak dan berkualiti berupaya kekal berseri dikediaman @ ruang laman dalam tempoh yang panjang. tidak hairanlah ada gazebo atau wakaf yang masih teguh bertahan ditaman sehingga 10 tahun.

Atap gazebo biasanya terbuat dari alang-alang dan badan rumah biasanya terbuat dari kayu kelapa. Gazebo dapat memberikan suasana yang menyejukan dan nyaman pada segala kondisi cuaca dan gazebo jadi pilijhan menikmati suasana akrab dan santai bersama keluarga atau tamu.. Meski idealnya di letakkan di lahan yang luas, gazebo bisa juga di pasang di taman mungil. Sebagai pilihan lain, dapat di gunakan sirap sebagai atap gazebo. Sirap terbuat dari kayu ulin dengan tebal 3 mm dan 5 mm. Dapat bertahan sekitar 30 tahun. Dapat di letakkan di taman atau halaman untuk memunculkan kesan klasik dan natural.  
 

Ekspresi Ruang Rumah Kediaman


Inginkan ruang yang ideal untuk rumah anda?. ikuti tips dan panduan bagaimana untuk mengekspresi ruang rumah anda dengan idea dekorasi yang tersendiri.

1. Buat pilihan sendiri

Rumah anda ruang peribadi anda. Jangan benarkan orang lain menentukan apa yang patut anda lakukan pada rumah anda.

2. Elak mengecat dulu
Sebaliknya buat pilihan fabrik, permaidani dan sarung kusyen sebelum memikirkan warna cat.

3. Jangan pilih cat dari kertas contoh
Sebaliknya, beli setin kecil warna pilihan untuk dicuba di rumah. Cat sebahagian kecil dinding bagi mendapatkan kesan warna itu dalam persekitaran cahaya semula jadi atau sapukan pada kadbod. Kemudian acukan di dinding untuk melihat keserasiannya dengan persekitaran.


4. Jangan pilih warna dalam kedai
Elak beli fabrik, kemasan lantai atau cat di kedai pertama anda kunjungi. Minta saja contoh warna cat, permaidani atau fabrik untuk dibawa pulang. Lihat kesan dan perbezaan warnanya dalam cahaya semula jadi dan di bawah sinaran lampu pada waktu petang.


5. Jangan abaikan psikologi warna
Warna mempengaruhi sikap dan emosi. Pilih skim warna sepadan suasana ruang yang mahu digarapkan. Misalnya bilik permainan atau ruang keluarga, rona terang lebih serasi dipadankan kerana menepati keperluan dan aktiviti ruang itu.

6. Elak dekorasi paksa
Jangan paksa wujud skim warna atau lebih tepat lagi usah ‘paksa’ menyatukan perhiasan. Disebabkan anda mempunyai sofa merah, tidak bermakna langsir berjalur merah boleh dipadankan dengannya. Buat pilihan kumpulan warna dengan mengenalpasti perhiasan utama dalam ruang itu.

7. Jangan abaikan titik fokal ruang
Bukan semua bilik mempunyai titik fokal, tetapi sekiranya ada, biar ia menyerlah. Misalnya meja konsul, dinding berkemasan batu bata merah atau hiasan dinding. Apa yang perlu dilakukan ialah susun karya dan perabot berhampiran unsur utama ini.

8. Jangan biarkan perabot disusun rapat ke dinding
Hindari susun kerusi, sofa dan meja di sekeliling ruang melainkan tiada pilihan. Susun berkelompok di tengah ruang bagi memudahkan aktiviti berbual.

9. Elak bina sekatan
Jangan letak kerusi di depan pintu atau meja di kawasan laluan utama. Ia mengganggu kelancaran laluan, sebaiknya pastikan laluan itu mudah diakses.

10. Jangan beli kerana murah
Sebaliknya teliti mutu pembuatan, perincian atau rekaannya sama ada masih elok atau tidak.

sumber; ekspresi ruang.com

Ikea sale 7 to 24 March 2013

BJURSTA extendable table

RM245 RM345

Clear lacquered solid pine. L70xW90, H74cm. Birch veneer.
 
 

BURÃ…SEN shelf

RM4.90 RM9.90

Foil finish. W30xD19.7cm. Pink. 
 
 

STRÃ…LA decorative light

RM5.90 RM9.90

Acryclic plastic. Ø15cm. Cord 150cm. White. 
 
Visit Ikea Damasara for more offers..Limited to 10 pcs percustomer..
 

katalog IKEA 2013


Setiap tahun tentunya semua orang akan mula merancang untuk menukar hiasan dalaman kediaman mereka terutama sekali untuk menukar barangan perabot kepada yang baru ataupun menambah perabot di rumah mereka. Sememangnya Ikea menjadi salah satu destinasi barangan perabot yang menjadi tumpuan utama. Dengan barangan yang menarik dan moden ini semestinya menjadi tarikan kepada pengunjung.

Ikea sendiri telah mengeluarkan Katalog 2013 yang menampilkan gaya interaktif yang akan membawa kediaman kepada kehidupan baru lebih bermakna. Inspirasi Ikea juga mencipta detik-detik yang istimewa di setiap ruang kediaman. Suasana rehat di bilik tidur yang selesa, ruang makan yang eksklusif dan berkongsi kegembiraan dengan keluarga serta rakan dimanfaat dengan inspirsi Ikea. 

Katalog baru ini mempunyai 62 edisi yang dicetak dalam 29 bahasa di 43 negara. Sebanyak 211 juta salinan diedarkan di seluruh dunia termasuk Malaysia, dengan kandungan baru interaktif digital yang mudah diakses melalui aplikasi telefon pintar atau tablet dengan memaparkan imej yang inovatif yang menawarkan anda tambahan inspirasi catalog tanpa henti sepanjang tahun. 

Lebih menarik katalog Ikea mempunyai 328 muka surat dan sarat dengan idea serta penyelesaian bagi memberikan idea selain memudahkan anda menjalani gaya hidup sempurna. 

Keistimewaan katalog itu ialah pemilik kediaman kini boleh melihat dengan lebih jelas penggunaan tekstil, membuat perubahan di seluruh ruang kediaman rumah dan membawa keselesaan dengan langkah berbaloi. 

Ikea juga memberikan pengguna lebih daripada katalog bercetak dengan menambah lebih banyak isi kandungannya untuk pengguna mengakses melalui telefon pintar mereka.

untuk download, bolehlah klik pada pautan di bawah.

Dapur dari Ikea

Sekiranya anda berminat memiliki dapur dari Ikea, anda bolehlah berkira-kira untuk memilikinya sempena perayaan yang akan tiba tidak lama lagi. Pelbagai reka bentuk dapur boleh didapati di Ikea damansara.
dari harga serendah RM2,000 anda sudah mampu memiliki dapur yang terbaik dari Ikea, yang pastinya berkualiti dan tahan lama.
di Ikea, anda boleh memilih dan mereka bentuk sendiri dapur idaman anda. Sekiranya anda mempunyai bajet yang lebih bolehlah mengubahsuai dapur yang memenuhi citarasa anda.