Tips Membuat Lakaran Dekorasi Ruang Tamu


Assalamualaikum, kali ini saya akan berkongsi tips dan panduan bagaimana untuk melakar dan menyusun atur perabut ruang tamu agar tampak menarik dan kemas.

Pertama; Dapatkan keluasan sebenar ruang tamu rumah anda, kemudian buat lakaran di atas kertas A4. Anda boleh lihat contoh di atas.

Kedua; Senaraikan perabut yang anda inginkan di ruang tamu rumah anda, Ianya amat penting untuk anda membuat lakaran atau susun atur  perabot yang anda inginkan berada. Susun perabut dalam keadaan yang anda rasa anda inginkan. Dari sini anda akan dapati berapa banyak ruang kosong yang anda ada. Anda juga dapat lihat jumlah perabot tersebut bersesuaian atau tidak bergantung kepada keluasan ruang kosong yang anda inginkan. Jangan lupa letakkan juga anggaran saiz perabot tersebut agar mudah untuk memilihnya nanti.



Ketiga; Untuk ruang tamu yang terhad dan sederhana luas, Susunan perabot dan peralatan lebih elok dirapatkan kedinding agar ruang dapat digunakan semaksimum mungkin dan memberi lebih banyak ruang kosong. Akhir sekali..masa untuk gerak kerja membeli, menyusun dan membuat penyesuaian mengikut lakaran yang telah disediakan.

Semoga tips ringkas ini dapat membantu anda mendekorasi ruang tamu agar tampak elegan dan cantik.

5 tips pengubahsuaian rumah


Assalamualaikum, bagi yang ingin membuat pengubahsuaian rumah. Saya ingin kongsikan 5 tips bagi anda dalam menentukan pilihan pengubahsuaian rumah anda.

1) tentukan bahagian mana yang perlu diubahsuai

Sememangnya pengubahsuaian rumah memerlukan perancangan yang begitu rapi agar hasil yang diinginkan betul-betul menepati citarasa pemilik itu sendiri. Seeloknya carilah perunding yang betul berkelayakan dan bandingkan harga (minta sebut harga). Selain itu, pilih bahagian mana yang ingin diubahsuai terutama yang memerlukan pembaikan dan penting sahaja. Jangan membuat pembaziran dengan mengubahsuaikan benda yang tidak perlu@membuat pengubahsuaian keseluruhan kediaman kerana itu hanya akan membazirkan duit sahaja.

2) beri impak secara keseluruhan rumah

Seeloknya, pastikan bahagian yang ingin anda ubah itu memberi kesan atau mempengaruhi  nuansa rumah secara keseluruhan. Sebagai contoh, pengubahsuaian bahagian dapur yang menampakkan keluasan secara tak langsung akan memberikan `imej' baru kepada rumah anda. terutamanya kepada tetamu yang datang berkunjung ke rumah anda. Disamping penentuan warna baru juga penting kerana ia akan mempengaruhi seri di bahagian dapur dan dapat mempengaruhi emosi penghuni yang berada ruang tersebut.



3) Anda dinasihatkan membuat perancangan yang teliti sebelum pengubahsuaian.

Perancangan awal adalah penting dalam melakukan sebarang pengubahsuain rumah agar tidak berlaku pembaziran. di samping memudahkan kerja agar tidak kelam kabut di saat akhir.  Sebelum pengubahsuaian dilakukan, anda dinasihatkan membuat pemilihan yang tepat bersesuaian dengan bajet anda. Sebagai contoh dalam pemilihan perabut baru (sofa, set kabinet dsb). Seeloknya buatlah survey di kedai perabut yang menawarkan harga yang berpatutan selain membuat research dalam internet dan sebagainya.


4) guna semula perabot lama

Bagi yang ingin menjimatkan kos, gunakan kembali perabot lama. Apa yang perlu hanyalah idea yang kreatif untuk menghasilkan ruang yang cukup menarik. Sebagai contoh, meja belajar kayu yang sudah tidak di gunakan, boleh saja anda jadikan meja dapur. Bahagian atasnya boleh digunakan sebagai tempat untuk melakukan kerja-kerja memotong atau memasak, manakala almari bahagian bawahnya boleh anda gunakan sebagai tempat untuk menyimpan barang-barang dapur. Bagi menampakkan kekemasan dan seakan-akan baru, anda boleh mengecatnya.
Apa yang pasti, ia sudah dapat menjimatkan sedikit kos anda dengan cara sebegini kan. 

5. Tentukan Bajet anda 

Bagi yang mempunyai bajet yang lebih seeloknya amalkan jimat cermat agar duit yang anda laburkan tidak terbuang dengan membeli barangan yang tidak dianggap penting. kalau perlu barulah beli. Namun bagi yang mempunyai bajet yang ciput...cukuplah sekadar membuat pengubahsuaian ditempat yang perlu sahaja. Sekiranya sesuatu perabot yang boleh pakai dan tidak perlu tukar, maka kekalkanlah.

Landcape Gazebo Mudah dan Praktikal


Gazebo adalah bagunan kecil yang direka khusus untuk memberikan suasana pemandangan yang menarik dan menyenangkan untuk sesebuah kediaman mahupun resort. Kayu cengal, meranti dan balau antara jenis kayu yang popular dan sering digunakan dalam penghasilan gazebo dan perabut. Spesis kayu tahan lasak dan berkualiti berupaya kekal berseri dikediaman @ ruang laman dalam tempoh yang panjang. tidak hairanlah ada gazebo atau wakaf yang masih teguh bertahan ditaman sehingga 10 tahun.

Atap gazebo biasanya terbuat dari alang-alang dan badan rumah biasanya terbuat dari kayu kelapa. Gazebo dapat memberikan suasana yang menyejukan dan nyaman pada segala kondisi cuaca dan gazebo jadi pilijhan menikmati suasana akrab dan santai bersama keluarga atau tamu.. Meski idealnya di letakkan di lahan yang luas, gazebo bisa juga di pasang di taman mungil. Sebagai pilihan lain, dapat di gunakan sirap sebagai atap gazebo. Sirap terbuat dari kayu ulin dengan tebal 3 mm dan 5 mm. Dapat bertahan sekitar 30 tahun. Dapat di letakkan di taman atau halaman untuk memunculkan kesan klasik dan natural.  
 

Ekspresi Ruang Rumah Kediaman


Inginkan ruang yang ideal untuk rumah anda?. ikuti tips dan panduan bagaimana untuk mengekspresi ruang rumah anda dengan idea dekorasi yang tersendiri.

1. Buat pilihan sendiri

Rumah anda ruang peribadi anda. Jangan benarkan orang lain menentukan apa yang patut anda lakukan pada rumah anda.

2. Elak mengecat dulu
Sebaliknya buat pilihan fabrik, permaidani dan sarung kusyen sebelum memikirkan warna cat.

3. Jangan pilih cat dari kertas contoh
Sebaliknya, beli setin kecil warna pilihan untuk dicuba di rumah. Cat sebahagian kecil dinding bagi mendapatkan kesan warna itu dalam persekitaran cahaya semula jadi atau sapukan pada kadbod. Kemudian acukan di dinding untuk melihat keserasiannya dengan persekitaran.


4. Jangan pilih warna dalam kedai
Elak beli fabrik, kemasan lantai atau cat di kedai pertama anda kunjungi. Minta saja contoh warna cat, permaidani atau fabrik untuk dibawa pulang. Lihat kesan dan perbezaan warnanya dalam cahaya semula jadi dan di bawah sinaran lampu pada waktu petang.


5. Jangan abaikan psikologi warna
Warna mempengaruhi sikap dan emosi. Pilih skim warna sepadan suasana ruang yang mahu digarapkan. Misalnya bilik permainan atau ruang keluarga, rona terang lebih serasi dipadankan kerana menepati keperluan dan aktiviti ruang itu.

6. Elak dekorasi paksa
Jangan paksa wujud skim warna atau lebih tepat lagi usah ‘paksa’ menyatukan perhiasan. Disebabkan anda mempunyai sofa merah, tidak bermakna langsir berjalur merah boleh dipadankan dengannya. Buat pilihan kumpulan warna dengan mengenalpasti perhiasan utama dalam ruang itu.

7. Jangan abaikan titik fokal ruang
Bukan semua bilik mempunyai titik fokal, tetapi sekiranya ada, biar ia menyerlah. Misalnya meja konsul, dinding berkemasan batu bata merah atau hiasan dinding. Apa yang perlu dilakukan ialah susun karya dan perabot berhampiran unsur utama ini.

8. Jangan biarkan perabot disusun rapat ke dinding
Hindari susun kerusi, sofa dan meja di sekeliling ruang melainkan tiada pilihan. Susun berkelompok di tengah ruang bagi memudahkan aktiviti berbual.

9. Elak bina sekatan
Jangan letak kerusi di depan pintu atau meja di kawasan laluan utama. Ia mengganggu kelancaran laluan, sebaiknya pastikan laluan itu mudah diakses.

10. Jangan beli kerana murah
Sebaliknya teliti mutu pembuatan, perincian atau rekaannya sama ada masih elok atau tidak.

sumber; ekspresi ruang.com

Ikea sale 7 to 24 March 2013

BJURSTA extendable table

RM245 RM345

Clear lacquered solid pine. L70xW90, H74cm. Birch veneer.
 
 

BURÃ…SEN shelf

RM4.90 RM9.90

Foil finish. W30xD19.7cm. Pink. 
 
 

STRÃ…LA decorative light

RM5.90 RM9.90

Acryclic plastic. Ø15cm. Cord 150cm. White. 
 
Visit Ikea Damasara for more offers..Limited to 10 pcs percustomer..