Idea Dekorasi Bilik Tidur Sempit


Bilik tidur yang sempit bukanlah alasan untuk anda tidak kreatif Dan tidak melakukan dekorasi, sebaliknya ianya akan menjadikan kita sentiasa mencari idea untuk melakukan sesuatu perubahan dan pengubahsuaian.


Bagi bilik sempit, tips yang berguna yang perlu anda titik beratkan ialah penggunaan ruang yang optimum. Gunakan ruang yang sedia ada dengan membuat sedikit pengubahsuaian yang tidak keterlaluan. 

Penggunaan kabinet yang multipurpose dan berwarna cerah seperti cream dan putih atau warna kayu yang cerah akan dapat menjimatkan dan memberi impak yang luas kepada ruang. Di samping itu, penggunaan lantai kayu akan menyuntik mood yang segar dan luas bagi sesebuah bilik atau ruang.


Tips ke-2 yang tidak kurang juga pentingnya ialah pencahayaan di dalam bilik. Gunakan secara maksimum cahaya semulajadi  untuk menerangi bilik anda dan cuba elakkan perabot yang menghalang terus cahaya tersebut. Seeloknya anda gunakan blinds atau sheeer berbanding langsir.

Sekiranya bilik tersebut tidak mempunyai tingkap yang besar atau gelap lantaran cahaya lampu siling tidak cukup untuk menerangi secukupnya bilik tidur. Anda perlu tambahkan lampu meja atau lantai.

Tips seterusnya ialah gunakan warna-warna pastel bagi memberi suntikan baru bagi bilik tidur anda agar tampak kelainan dan memberi nafas baru. Warna pastel merupakan warna yang bersifat lembut, pucat, dan cair dengan tidak keterlaluan strick pada warna..seperti warna hijau + putih akan jadi warna pastel yang lembut.




Bagaimana Jadikan Dapur Anda Kelihatan Menarik dan Kemas?


Dapur merupakan elemen yang amat penting dalam sesebuah rumah. Ini kerana dapur menjadi tempat di mana pemilik akan menghabiskan banyak masa untuk menyediakan juadah masakan di sini dan bagi sesetengah rumah moden..dapur merupakan ruang yang terletak dibahagian paling depan. Memahami situasi ini, Lamandeco ingin kongsikan 5  idea ringkas susun atur dapur anda supaya kelihatan kemas dan teratur. 

1. Susun perkakasan dapur anda mengikut aturan yang betul.
Pastikan anda tidak meletakkan perkakasan dapur berselerakan dan bertaburan dimerata tempat. Kalau boleh anda letakkan di dalam rak yang khas atau partition. Perkakasan yang selalu digunakan mestilah diletakkan dibahagian luar..sebagai contoh pinggan mangkuk, senduk, sudu, rempah ratus dan sebagainya. Alatan yang tajam seperti pisau mestilah diletakkan ditempat yang selamat ..

2. Sangkut bekas kecil atau anda boleh memasang hook pada pintu kabinet. 
Ruangan ini tidak harus dibazirkan bukan. Bolehlah anda meletakkan barangan dapur yang kecil-kecil dalam bekas tersebut  dan menggantungkan peralatan yang sesuai di hook yang dipasang ( pastikan hook tersebut dipasang betul-betul kukuh ya) .Selain memanfaatkan ruangan ini, dapur juga tidak nampak berserabut kerana barangan ‘tersembunyi’  dan tidak dapat dilihat dari luar.



3. Labelkan barangan  seperti rempah ratus, serbuk minuman, tepung dan sebagainya dalam bekas.
Dengan melebelkan barangan ini akan memudahkan anda untuk memasak dan nampak lebih kemas apabila diletakan di dalam storage. Balang kaca yang jernih menjadi pilihan pengguna kerana fungsinya sebagai salah satu hiasan yang menarik di dapur selain bungaan.



4. Bagi dapur yang sempit, manfaatkan ruang yang ada dengan semaksimum mungkin untuk memastikan perkakasan dapur dapat disimpan dengan baik dan teratur. Bagi dapur yang sempit, anda disarankan menggunakan kabinet atas atau rak bertingkat untuk mengisi barangan dapur seperti periuk, kuali, alatan memasak, dan sebagainya. 

5. Akhir sekali, saya sarankan supaya anda tidak menyaratkan dapur anda dengan perkakasan yang besar dan seperti meja makan bersaiz XXL, Mesin basuh, pasu bunga dan sebagainya. Gunakan warna yang terang bagi dinding dapur anda bagi mewujudkan mood yang segar dan memberi impak kepada dapur agar tampak lebih luas.

Bergaya dengan Langsir baru Sempena Aidilfitri


Langsir merupakan elemen yang amat penting dalam memberi mood segar dan menyuntik suasana hari Raya yang bakal menjelang tiba. Bagi mereka yang sibuk dan tidak berkesempatan untuk menjahit langsir baru. Kini, terdapat pelbagai aneka corak fabrik dan gaya langsir yang boleh anda dapati antara di Gedung-gedung terkemuka seperti Coulisse Netherlands BV, Laurea, SSF Home décor, Elyza’s, Home’s Harmony, ikea dan banyak lagi.

Disamping banyak pilihan langsir yang ditawarkan anda juga boleh mendapatkan khidmat nasihat untuk mengayakan langsir mengikut ruang pilihan anda. Pemilihan fabrik yang bermutu tinggi dan padanan corak yang menarik akan menyerlahkan lagi keanggunan ruang dan menyerikan lagi suasana Hari Lebaran kali ini.

Pemilihan dan Pengayaan tirai mengikut tema seperti Klasik, Kontemporari, Kedesaan dan Moden perlu disesuaikan dengan ruang rumah anda dengan mengambil kira keluasan, ketinggian dan mood anda agar pilihan yang dibuat adalah tepat dan bersesuaian. Gaya moden dilihat menjadi trend masa kini kerana gaya ini amat ringkas, warna yang lembut dan kebiasaan coraknya tidak sarat, menjadikan sesuatu ruang itu kelihatan lebih sempurna dan tidak serabut.

Lazada Home Decor - Raya Special Offer


Selamat berkunjung ke Lamandeco edisi raya. Alhamdulillah Ramadhan kini menjelang tiba, pastinya umat Islam menantikannya dengan penuh gembira mengharapkan keampunan dan ganjaran berlipat kali ganda dari Allah yang Maha Esa. Dikesempatan ini, saya selaku editor di lamandeco ingin mengucapkan selamat berpuasa. 




Kali ini, saya ingin berkongsi mengenai tawaran hebat sempena hari raya di Lazada.com.my yang menawarkan pelbagai barangan keperluan raya anda dengan potongan sehingga 78% diskaun. Tawaran Raya Lazada meliputi barangan perabut sehinggalah pakaian kelengkapan raya yang pastinya menarik.




Bagi anda yang sentiasa sibuk dan tidak mempunyai masa untuk membeli-belah dipasaraya pastinya akan mengalami pengalaman yang sama ketika membeli belah di lazada online store. Segala kelengkapan dan keperluan raya akan terus dihantar ke rumah anda tanpa perlu anda keluar ke mana-mana.



Tawaran hebat ini bermula dari 16 Jun 2014 sehingga 12 julai 2014. Bagi anda yang berminat bolehlah terus melayari http://www.lazada.com.my/syawal-special/ untuk melihat sendiri tawaran dari Lazada Malaysia.


Idea Dekorasi Menarik 2014

Dekorasi yang menarik memerlukan  perancangan yang betul, idea yang bijak dan Keuwangan yang mencukupi. Sekiranya anda tidak merancang dengan betul, ruang yang sedia ada akan menjadi lebih sempit dan memberi impak yang kurang menarik sedangkan tujuan utama ubah suai dilakukan adalah untuk meluaskan ruang kediaman.
Bagi yang suka menghias atau ingin mendekorasi ruang, laman, bilik mandi, dapur dan sebagainya. Anda seharusnya banyak membuat rujukan di majalah, internet, bahan bacaan atau merujuk kepada pakar dalam bidang ini. Perancangan yang teliti dan teratur akan memberikan hasil yang menarik dan sesuai dengan citarasa anda.
Di sini saya tampilkan beberapa dekorasi yang menarik dalam tahun 2014 untuk anda menilai dan mengadaptasikan dalam dekorasi anda. 
1. Dekorasi Menarik untuk Apartment

2. Dekorasi Ruang Tamu 


3. Ruang Makan Menarik 2014


4. Bilik Tidur Anak Perempuan Yang Simple



5. Dekorasi Bilik Mandi / Tandas Yang Sempit




Semoga Idea-idea dan Inspirasi yang ditampilkan ini akan membantu anda dalam membuat keputusan dan mencari idea yang tepat untuk mengubah suai kediaman anda.. Terima kasih kerana melayari lamandeco.