Assalamualaikum dan bertemu kembali dalam lamandeco, kali
ini lamandeco ingin menampilkan beberapa idea dan gambar sekitar dekorasi apartment
yang menarik. Dekorasi apartment kadangkala mendatangkan masalah sekiranya
tidak dirancang dengan teliti. Pemilihan perabot yang tidak sesuai akan
menjadikan sesebuah apartment itu kelihatan sempit dan suram.
Pemilihan Warna Yang Sesuai Membantu Menyerlahkan Ruang!
Cat adalah salah satu cara
yang paling mudah untuk mengubah rumah anda. Cat adalah alat menghias yang mempunyai impak yang besar
untuk keseluruhan rumah, sama ada anda mengecat dinding rumah, perabot, kabinet
dapur, atau aksesori yang lain.
Memilih warna yang tepat
adalah langkah pertama dalam mana-mana dekorasi yang ingin anda lakukan.
Pemilihan warna cat akan berbeza-beza dan bergantung kepada mood anda inginkan.
Setiap warna mempunyai elemen yang tersendiri dan memberi mood yang
berbeza-beza. Warna cerah dan lembut seperti warna kuning, biru,
ungu dan putih akan memberikan suasana yang segar,nyaman dan luas.
Sekiranya anda membeli
sofa, perabot, langsir dan sebagainya. Cat merupakan antara yang paling penting
untuk mengharmonikan ruang tersebut. Pemilihan perabot yang tidak selari dengan
warna tidak sesuai atau carca marba akan mencacatkan keseluruhan ruang.
Idea Dekorasi Bilik Tidur Sempit
Bilik tidur yang sempit bukanlah alasan untuk anda tidak kreatif Dan tidak melakukan dekorasi, sebaliknya ianya akan menjadikan kita sentiasa mencari idea untuk melakukan sesuatu perubahan dan pengubahsuaian.
Bagi bilik sempit, tips yang berguna yang perlu anda titik beratkan ialah penggunaan ruang yang optimum. Gunakan ruang yang sedia ada dengan membuat sedikit pengubahsuaian yang tidak keterlaluan.
Penggunaan kabinet yang multipurpose dan berwarna cerah seperti cream dan putih atau warna kayu yang cerah akan dapat menjimatkan dan memberi impak yang luas kepada ruang. Di samping itu, penggunaan lantai kayu akan menyuntik mood yang segar dan luas bagi sesebuah bilik atau ruang.
Tips ke-2 yang tidak kurang juga pentingnya ialah pencahayaan di dalam bilik. Gunakan secara maksimum cahaya semulajadi untuk menerangi bilik anda dan cuba elakkan perabot yang menghalang terus cahaya tersebut. Seeloknya anda gunakan blinds atau sheeer berbanding langsir.
Sekiranya bilik tersebut tidak mempunyai tingkap yang besar atau gelap lantaran cahaya lampu siling tidak cukup untuk menerangi secukupnya bilik tidur. Anda perlu tambahkan lampu meja atau lantai.
Tips seterusnya ialah gunakan warna-warna pastel bagi memberi suntikan baru bagi bilik tidur anda agar tampak kelainan dan memberi nafas baru. Warna pastel merupakan warna yang bersifat lembut, pucat, dan cair dengan tidak keterlaluan strick pada warna..seperti warna hijau + putih akan jadi warna pastel yang lembut.
Bagaimana Jadikan Dapur Anda Kelihatan Menarik dan Kemas?
Dapur merupakan elemen yang amat penting dalam sesebuah rumah. Ini kerana dapur menjadi tempat di mana pemilik akan menghabiskan banyak masa untuk menyediakan juadah masakan di sini dan bagi sesetengah rumah moden..dapur merupakan ruang yang terletak dibahagian paling depan. Memahami situasi ini, Lamandeco ingin kongsikan 5 idea ringkas susun atur dapur anda supaya kelihatan kemas dan teratur.
1. Susun perkakasan dapur anda mengikut aturan yang betul.
Pastikan anda tidak meletakkan perkakasan dapur berselerakan dan bertaburan dimerata tempat. Kalau boleh anda letakkan di dalam rak yang khas atau partition. Perkakasan yang selalu digunakan mestilah diletakkan dibahagian luar..sebagai contoh pinggan mangkuk, senduk, sudu, rempah ratus dan sebagainya. Alatan yang tajam seperti pisau mestilah diletakkan ditempat yang selamat ..
2. Sangkut bekas kecil atau anda boleh memasang hook pada pintu kabinet.
Ruangan ini tidak harus dibazirkan bukan. Bolehlah anda meletakkan barangan dapur yang kecil-kecil dalam bekas tersebut dan menggantungkan peralatan yang sesuai di hook yang dipasang ( pastikan hook tersebut dipasang betul-betul kukuh ya) .Selain memanfaatkan ruangan ini, dapur juga tidak nampak berserabut kerana barangan ‘tersembunyi’ dan tidak dapat dilihat dari luar.
3. Labelkan barangan seperti rempah ratus, serbuk minuman, tepung dan sebagainya dalam bekas.
Dengan melebelkan barangan ini akan memudahkan anda untuk memasak dan nampak lebih kemas apabila diletakan di dalam storage. Balang kaca yang jernih menjadi pilihan pengguna kerana fungsinya sebagai salah satu hiasan yang menarik di dapur selain bungaan.
4. Bagi dapur yang sempit, manfaatkan ruang yang ada dengan semaksimum mungkin untuk memastikan perkakasan dapur dapat disimpan dengan baik dan teratur. Bagi dapur yang sempit, anda disarankan menggunakan kabinet atas atau rak bertingkat untuk mengisi barangan dapur seperti periuk, kuali, alatan memasak, dan sebagainya.
5. Akhir sekali, saya sarankan supaya anda tidak menyaratkan dapur anda dengan perkakasan yang besar dan seperti meja makan bersaiz XXL, Mesin basuh, pasu bunga dan sebagainya. Gunakan warna yang terang bagi dinding dapur anda bagi mewujudkan mood yang segar dan memberi impak kepada dapur agar tampak lebih luas.
Bergaya dengan Langsir baru Sempena Aidilfitri
Langsir merupakan elemen yang amat penting dalam memberi mood segar dan menyuntik suasana hari Raya yang bakal menjelang tiba. Bagi mereka yang sibuk dan tidak berkesempatan untuk menjahit langsir baru. Kini, terdapat pelbagai aneka corak fabrik dan gaya langsir yang boleh anda dapati antara di Gedung-gedung terkemuka seperti Coulisse Netherlands BV, Laurea, SSF Home décor, Elyza’s, Home’s Harmony, ikea dan banyak lagi.
Disamping
banyak pilihan langsir yang ditawarkan anda juga boleh mendapatkan khidmat
nasihat untuk mengayakan langsir mengikut ruang pilihan anda. Pemilihan fabrik
yang bermutu tinggi dan padanan corak yang menarik akan menyerlahkan lagi
keanggunan ruang dan menyerikan lagi suasana Hari Lebaran kali ini.
Pemilihan
dan Pengayaan tirai mengikut tema seperti Klasik, Kontemporari, Kedesaan dan
Moden perlu disesuaikan dengan ruang rumah anda dengan mengambil kira keluasan,
ketinggian dan mood anda agar pilihan yang dibuat adalah tepat dan bersesuaian.
Gaya moden dilihat menjadi trend masa kini kerana gaya ini amat ringkas, warna
yang lembut dan kebiasaan coraknya tidak sarat, menjadikan sesuatu ruang itu
kelihatan lebih sempurna dan tidak serabut.






















