Kolam renang pelengkap laman rumah

 


Kolam renang merupakan salah satu tarikan dan memberi satu kepuasan bagi pemiliknya, walaupun kolam renang yang kecil atau sederhana, Namun ianya tetap memberi satu keseronakan dan kedamaian buat pemilik apatah lagi kanak-kanak.



Kolam renang memerlukan kos yang tinggi mengikut saiz dan jenis. Terdapat beberapa jenis kolam renang seperti kolam renang konkrit, fiber glass, fiberglass coating dan kolam renang kanvas. 


Bagi yang mempunyai bajet pasti mahukan yang terbaik, namun tidak kurang hebatnya kolam renang kanvas dan D.I.Y yang tidak memerlukan banyak kos untuk penyelengaraan seperti pembersihan. 






Tips bina kebun Urban

 


Kebun Urban atau lebih dikenali sebagai kebun bandar menjadi pilihan yang amat sesuai untuk penanaman sayuran seperti sawi, salad, kangkung, bendi, pegaga@ulaman, tomato, dan sebagainya.

Kebun Urban menjadi pilihan kerana ia lebih menjimat ruang kerana konsep kebun Urban itu sendiri kerana penanaman secara vertical seperti gambar di bawah.


Berbanding kaedah lama itu penanam secara batas yang menerlukan ruang yang lebih luas dan terdedah kepada ancaman haiwan dan serangga perosak.



Penanaman dengan kaedah baru dikenali sebagai vertical aquaponics lebih menguntungkan kerana ia mengoptimumkan penggunaan ruang dan memaksimumkan penghasilan tanaman.




Kaedah ini juga lebih mesra alam kerana penggunaan baja organik dari lebihan sisa makanan atau sayuran.





Bina rumah minimalis kecil dan cantik


Memiliki rumah idaman adalah impian semua orang, namun rumah yang macam manakah yang menjadi pilihan ? . Bagi anda yang inginkan sesuatu yang simple dan mampu milik, ada banyak pilihan yang boleh anda pilih, terutamanya bagi pasangan yang baru kahwin dan inginkan rumah sendiri.

Rumah minimalis antara pilihan yang paling diminati sekarang, kerana bukan sahaja simple dan kemas..yang lebih penting kos pembinaannya yang lebih murah berbanding rumah yang besar dan mewah.


 Di atas merupakan design rumah minimalis berukuran 8x10 meter dengan dua bilik tidur, satu tandas dan satu ruang tamu. Bagi anda tidak mempunyai bajet yang besar dan inginkan sesuatu yang lain dari yang lain seperti rumah minimalis..Ini antara contoh design yang rasanya sesuai untuk dijadikan rumah idaman.
Di atas merupakan pelan lantai rumah dan kelihatan sangat ringkas dan tempoh pembikinannya mungkin tidak memakan masa yang lama. Namun sekiranya anda inginkan kelainan pada reka bentuk ini, itu terserah kepada anda.



Idea dekorasi bilik si kecil


Setiap keluarga pastinya inginkan sebuah bilik yang selesa dan selamat untuk si kecil yang sedang membesar. Pemilihan perabut dan warna banyak memainkan peranan dalam menentukan keselesaan dan mood anak-anak. Berikut senarai beberapa contoh dan idea menarik untuk dekorasi bilik si kecil.


Bagi anak-anak diperingkat umur 3-7 tahun. Mereka perlukan ruang untuk bermain dan meneroka sesuatu dalam proses perkembangan minda. Pengubahsuaian bilik dan pemilihan perabot yang sesuai amat penting agar tidak terlalu padat dan menyukarkan pergerakan si kecil anda. Perabot pasang siap seperti di Ikea memudahkan ibu bapa membuat pilihan sesuai dengan citarasa anak-anak.


Perabot asas seperti katil dan almari seperti gambar di bawah amat sesuai bagi si kecil anda dengan reka bentuk yang simple dan elegan. Almari/stor untuk menyimpan barang perlu agar tidak berselerak dan mendatangkan kecederaan sekiranya tidak disimpan dengan elok.


Pemilihan warna yang terang dan ceria juga membantu dalam menceriakan suasana dan meningkatkan keseronokan anak-anak untuk bermain dan belajar.











 

Jalan-jalan cari idea dekorasi di Ikea


Sudah lama rasanya tidak mengemaskini blog laman dekorasi, semenjak 2017. Kini dah masuk tahun 2018, namun begitu blog-blog berkaitan dekorasi sekarang semakin bertambah dengan pelbagai idea dan maklumat tranding yang dikongsikan.

Walaupun saya, bukanlah seorang pakar dekorasi, akan tetapi minat yang mendalam terhadap dekorasi terutamanya hiasan dalaman amat dekat dihati.



Oleh yang demikian pencarian idea-idea baru terus dilakukan selain membaca buku, akhbar dan majalah. Sempat juga saya mengunjungi Ikea Damansara untuk mencari idea-idea yang boleh diadaptasi dalam menghias rumah sendiri.


Apa yang menarik di Ikea ialah perabutnya yang mempunyai gaya yang tersendiri, di samping susun atur yang menarik dengan kombinasi warna yang sesuai.


Perabutnya mempunyai pelbagai pilihan harga, ada yang mahal, sederhana dan murah. Nasihat saya "Rancang dulu sebelum membeli! " .