Dekorasi Pelamin


Bagi pasangan pengantin sudah tentu mahukan hari persandingan dikenang sampai keakhir hayat, jesteru itu dekorasi pelamin memainkan peranan untuk mencipta dan merealisasi impian pasangan. Peranan pelamin tidak hanya untuk duduk dan diraikan, malah ianya menjadi pelengkap sesebuah perkahwinan.

Idea dan rekabentuk pelamin kini berubah mengikut peredaran semasa Dan mengikut team yang diinginkan pasangan. Bermula dari tirai, pentas, kerusi duduk dan juga bunga-bungaan, semuanya disusun atur digubah menjadi menarik. Di sinilah letaknya titik fokus atau sentral sesebuah dewan. Susun atur yang menarik dan terancang akan menghasilkan kualiti kerja yang bermutu dan menjadi tarikan tetamu yang hadir.


Dekorasi Rumah Berkonsepkan Oriental Moden


Oriental Moden merupakan konsep yang mengabungkan klasik dan moden. Tidak hairanlah jika konsep ini memberi sentuhan bagi rumah moden untuk tampil dengan imej yang berbeza dan memecah dominasi moden. Konsep Oriental Moden menitik beratkan pemilihan aksesori dan perabot yang sesuai dengan konsep, termasuklah pasu-pasu hiasan, kabinet kayu, dan sebagainya.

Pemilihan kemasan lantai juga mestilah diutamakan, pemilihan jubin atau lantai kayu mestilah ringkas dan sesuai. Biasanya untuk konsep sebegini, penggunaan karpet adalah jarang digunakan. Selain lantai, pemilihan perabot lazimnya berarona gelap dan mempunyai ciri-ciri yang unik seperti perabut katil dan meja sisi yang didatangkan dengan meterial kayu yang semulajadi. 

Pemilihan warna seperti putih, krim, kuning atau gray untuk dipadankan dengan dinding, lantai dan siling akan menyerlahkan lagi ciri-ciri oriental moden. Pemilihan tone color yang lembut akan memberi pengaruh besar pada ruangan, dipadankan pula dengan perabot yang sesuai. Namun, jangan terlampau sarat..

Dekorasi Laman Herba di Ruang Balkoni


Tinggal dirumah flat, apartment,  mahupun kondo tak semestinya kita tidak boleh bercucuk tanam. Bagi mereka yang inginkan suasana hijau dan nyaman..apa kata kita cuba mewujudkan laman herba di ruang balkoni. Tanam herba di halaman rumah mudah dan menyeronokkan.  Pokok-pokok herba boleh di dapati dengan mudah di pasar raya. Penanaman pelbagai jenis herba termasuk serai, pandan, kunyit, bawang, daun sadri, cili, pandan dan sebagainya boleh ditanam di persekitaran rumah dan kita sudah tidak perlu membeli di pasar


Pegaga merupakan antara tanaman herba yang senang dijaga dan tidak memerlukan penjagaan rapi. Ada banyak herba yang boleh anda tanam di dalam pasu di balkoni. Misalnya pandan, pokok kari, serai, cili, kunyit, halia, daun kesum dan pelbagai lagi.Untuk mengelakkan radiasi haba dari dinding konkrit, tempatkan herba-herba yang lebih besar dan tahan lasak untuk melindungi herba-herba yang lebih kecil dan sensitif.


Bagaimanapun pastikan semuanya mendapat cahaya matahari yang mencukupi.Pokok-pokok herba yang popular dan agak besar adalah seperti limau kasturi, pokok kari dan serai. Ada juga tanaman baru yang mula popular seperi epal vietnam dan ceri siam.Kedua-dua tanaman ini mempunyai buah dan pasti akan menjadi kegemaran anak-anak.

Balkoni yang menghadap ke selatan atau utara mungkin mempunyai kelebihan dari segi penerimaan cahaya matahari.Bagi herba-herba yang memang berasal dari kawasan tropika, ia tidak ada masalah. Tetapi jika anda menanam sesuatu yang berbeza, penjagaan lebih rapi mungkin diperlukan.


GAYA ELEKTIK PEMBUKA TIRAI 2014


Gaya elektik bakal menjadi tahun 2014 lebih meriah dengan dekorasi yang menarik. Rekaan ini sememangnya unik dan tersendiri kerana rekaannya yang mengabungkan kepelbagaian rekaan / design dari konsep Klasik, moden, kontemporari dan tradisional. Semuanya digabungkan dalam satu ruangan. Bagi yang anda mengemari gaya elektik lamandeco ingin berkongsi beberapa contoh rekaan yang menarik buat tatapan anda semua. 




Gaya rekaan elektik melambangkan kebebasan bagi pemiliknya dalam mengekspresi ruang sesuai dengan keinginan peribadinya.  Konsep  dekorasi baru ini pasti akan memeriahkan lagi tahun 2014.

Menerusi konsep elektik penggunaan perabot moden dan klasik bukanlah menjadi masalah. 
Elektik antara aliran dekorasi terkini yang dijangka dapat digabungkan dengan pelbagai konsep lain termasuk etnik, moden dan ‘art deco’. 

English Home Decor atau Dekorasi Gaya Inggeris


Dekorasi gaya Inggeris kian Popular di Malaysia dan amat diminati kerana hiasan corak bunga yang lembut dan tenang. Konsep yang diketengahkan dalam English Home decor ialah klasik dan moden dengan corak yang bungaan khususnya ros merah yang mewarnai setiap sudut ruang dari perabut hinggalah ke pinggan mangkuk.


Sementara itu Gaya Inggeris banyak membawa imej yang lembut, segar dan tenang dengan ilusi putih atau merah jambu yang menampakkan style keinggerisan. Hiasan bingkai gambar, rak, jam antik dan barangan perhiasan seperti pinggan dan cawan yang bermotifkan bunga-bungaan tersusun indah di sudut ruang, menjadikan pelengkap kepada konsep ini.
Di satu sudut di atas meja, dihiasi dengan bunga dan pinggan mangkuk yang tersusun elok. dengan padanan perabut  rona putih dan krim menjadikan ia kelihatan menarik apabila diserlahkan bersama aksesori hiasan terpilih. Bagi anda yang menyukai gaya ini, jangan takut untuk mencuba mendekorasi sendiri rumah anda.