Penghadang ni bagus ada di rumah sebagai dinding sementara dan membahagikan ruang dalam rumah kepada dua bahagian dengan fungsi yang berbeza. Selain itu, adanya penghadang juga dapat menjimatkan kos anda untuk membina dinding baru hanya sebab mahu ruang tambahan dalam rumah.
Tips Pasang Partition Dinding Rumah
By mobile2628:23:00 PM
Penghadang ni bagus ada di rumah sebagai dinding sementara dan membahagikan ruang dalam rumah kepada dua bahagian dengan fungsi yang berbeza. Selain itu, adanya penghadang juga dapat menjimatkan kos anda untuk membina dinding baru hanya sebab mahu ruang tambahan dalam rumah.
Ruang Simpanan ( Storage ) si kecil
Bagi memastikan ruang bilik anak anda mendapat sentuhan yang menarik, kemas Dan teratur. Perabut yang sesuai atau ruang penyimpanan barangan seperti alat tulis, buku atau barang mainan perlu diwujudkan bagi memastikan bilik sentiasa kemas dan rapi. Banyak pilihan penstoran yang terdapat dipasaran untuk anda membuat pilihan. Di Ikea, Souvenir shop, ssf atau pasar raya..kini menawarkan banyak pilihan yang menarik dengan harga yang berpatutan.
Tips Memilih penstoran yang betul.
1. Ia mestilah praktikal dan sesuai untuk ditempatkan disudut ruang bilik sikecil.
2. Pilihan warna yang sesuai dapat menyuntik aura yang ceria bagi sesebuah bilik, warna merah, biru dan hijau antara pilihan warna yang sesuai, selain putih, merah jambu dan krim.
3. Penstoran yang boleh lipat dilihat amat sesuai bagi penyimpanan barangan untuk ddibawa kemana-mana, dan senang disimpan didalam kereta.
4. pastikan pestoran yang dibeli selamat Dan sesuai untuk USIA anak anda.
Dekorasi Pelamin
By mobile2624:32:00 PM
Bagi pasangan pengantin sudah tentu mahukan hari persandingan dikenang sampai keakhir hayat, jesteru itu dekorasi pelamin memainkan peranan untuk mencipta dan merealisasi impian pasangan. Peranan pelamin tidak hanya untuk duduk dan diraikan, malah ianya menjadi pelengkap sesebuah perkahwinan.
Idea dan rekabentuk pelamin kini berubah mengikut peredaran semasa Dan mengikut team yang diinginkan pasangan. Bermula dari tirai, pentas, kerusi duduk dan juga bunga-bungaan, semuanya disusun atur digubah menjadi menarik. Di sinilah letaknya titik fokus atau sentral sesebuah dewan. Susun atur yang menarik dan terancang akan menghasilkan kualiti kerja yang bermutu dan menjadi tarikan tetamu yang hadir.
Dekorasi Rumah Berkonsepkan Oriental Moden
Oriental Moden merupakan konsep yang mengabungkan klasik dan moden. Tidak hairanlah jika konsep ini memberi sentuhan bagi rumah moden untuk tampil dengan imej yang berbeza dan memecah dominasi moden. Konsep Oriental Moden menitik beratkan pemilihan aksesori dan perabot yang sesuai dengan konsep, termasuklah pasu-pasu hiasan, kabinet kayu, dan sebagainya.
Pemilihan kemasan lantai juga mestilah diutamakan, pemilihan jubin atau lantai kayu mestilah ringkas dan sesuai. Biasanya untuk konsep sebegini, penggunaan karpet adalah jarang digunakan. Selain lantai, pemilihan perabot lazimnya berarona gelap dan mempunyai ciri-ciri yang unik seperti perabut katil dan meja sisi yang didatangkan dengan meterial kayu yang semulajadi.
Pemilihan warna seperti putih, krim, kuning atau gray untuk dipadankan dengan dinding, lantai dan siling akan menyerlahkan lagi ciri-ciri oriental moden. Pemilihan tone color yang lembut akan memberi pengaruh besar pada ruangan, dipadankan pula dengan perabot yang sesuai. Namun, jangan terlampau sarat..
Dekorasi Laman Herba di Ruang Balkoni
Tinggal dirumah flat, apartment, mahupun kondo tak semestinya kita tidak boleh bercucuk tanam. Bagi mereka yang inginkan suasana hijau dan nyaman..apa kata kita cuba mewujudkan laman herba di ruang balkoni. Tanam herba di halaman rumah mudah dan menyeronokkan. Pokok-pokok herba boleh di dapati dengan mudah di pasar raya. Penanaman pelbagai jenis herba termasuk serai, pandan, kunyit, bawang, daun sadri, cili, pandan dan sebagainya boleh ditanam di persekitaran rumah dan kita sudah tidak perlu membeli di pasar
Pegaga merupakan antara tanaman herba yang senang dijaga dan tidak memerlukan penjagaan rapi. Ada banyak herba yang boleh anda tanam di dalam pasu di balkoni. Misalnya pandan, pokok kari, serai, cili, kunyit, halia, daun kesum dan pelbagai lagi.Untuk mengelakkan radiasi haba dari dinding konkrit, tempatkan herba-herba yang lebih besar dan tahan lasak untuk melindungi herba-herba yang lebih kecil dan sensitif.
Bagaimanapun pastikan semuanya mendapat cahaya matahari yang mencukupi.Pokok-pokok herba yang popular dan agak besar adalah seperti limau kasturi, pokok kari dan serai. Ada juga tanaman baru yang mula popular seperi epal vietnam dan ceri siam.Kedua-dua tanaman ini mempunyai buah dan pasti akan menjadi kegemaran anak-anak.
Balkoni yang menghadap ke selatan atau utara mungkin mempunyai kelebihan dari segi penerimaan cahaya matahari.Bagi herba-herba yang memang berasal dari kawasan tropika, ia tidak ada masalah. Tetapi jika anda menanam sesuatu yang berbeza, penjagaan lebih rapi mungkin diperlukan.


















