Assalamualaikum, bagi yang ingin membuat pengubahsuaian rumah. Saya ingin kongsikan 5 tips bagi anda dalam menentukan pilihan pengubahsuaian rumah anda.
1) tentukan bahagian mana yang perlu diubahsuai
Sememangnya pengubahsuaian rumah memerlukan perancangan yang begitu rapi agar hasil yang diinginkan betul-betul menepati citarasa pemilik itu sendiri. Seeloknya carilah perunding yang betul berkelayakan dan bandingkan harga (minta sebut harga). Selain itu, pilih bahagian mana yang ingin diubahsuai terutama yang memerlukan pembaikan dan penting sahaja. Jangan membuat pembaziran dengan mengubahsuaikan benda yang tidak perlu@membuat pengubahsuaian keseluruhan kediaman kerana itu hanya akan membazirkan duit sahaja.2) beri impak secara keseluruhan rumah
Seeloknya, pastikan bahagian yang ingin anda ubah itu memberi kesan atau mempengaruhi nuansa rumah secara keseluruhan. Sebagai contoh, pengubahsuaian bahagian dapur yang menampakkan keluasan secara tak langsung akan memberikan `imej' baru kepada rumah anda. terutamanya kepada tetamu yang datang berkunjung ke rumah anda. Disamping penentuan warna baru juga penting kerana ia akan mempengaruhi seri di bahagian dapur dan dapat mempengaruhi emosi penghuni yang berada ruang tersebut.3) Anda dinasihatkan membuat perancangan yang teliti sebelum pengubahsuaian.
Perancangan awal adalah penting dalam melakukan sebarang pengubahsuain rumah agar tidak berlaku pembaziran. di samping memudahkan kerja agar tidak kelam kabut di saat akhir. Sebelum pengubahsuaian dilakukan, anda dinasihatkan membuat pemilihan yang tepat bersesuaian dengan bajet anda. Sebagai contoh dalam pemilihan perabut baru (sofa, set kabinet dsb). Seeloknya buatlah survey di kedai perabut yang menawarkan harga yang berpatutan selain membuat research dalam internet dan sebagainya.4) guna semula perabot lama
Bagi yang ingin menjimatkan kos, gunakan kembali perabot lama. Apa yang perlu hanyalah idea yang kreatif untuk menghasilkan ruang yang cukup menarik. Sebagai contoh, meja belajar kayu yang sudah tidak di gunakan, boleh saja anda jadikan meja dapur. Bahagian atasnya boleh digunakan sebagai tempat untuk melakukan kerja-kerja memotong atau memasak, manakala almari bahagian bawahnya boleh anda gunakan sebagai tempat untuk menyimpan barang-barang dapur. Bagi menampakkan kekemasan dan seakan-akan baru, anda boleh mengecatnya.Apa yang pasti, ia sudah dapat menjimatkan sedikit kos anda dengan cara sebegini kan.
5. Tentukan Bajet anda
Bagi yang mempunyai bajet yang lebih seeloknya amalkan jimat cermat agar duit yang anda laburkan tidak terbuang dengan membeli barangan yang tidak dianggap penting. kalau perlu barulah beli. Namun bagi yang mempunyai bajet yang ciput...cukuplah sekadar membuat pengubahsuaian ditempat yang perlu sahaja. Sekiranya sesuatu perabot yang boleh pakai dan tidak perlu tukar, maka kekalkanlah.