Tips Pasang Partition Dinding Rumah


Dinding sesekat atau lebih dikenali sebagai partition, direka bagi mewujudkan pembahagi antara sesuatu ruang dengan ruangan yang lain. Pemilihan penghadang dinding yang sesuai,cantik dan kreatif, akan mampu menaikkan lagi seri rumah selain mengekalkan nilai estetik sesebuah rumah.

Penghadang ni bagus ada di rumah sebagai dinding sementara dan membahagikan ruang dalam rumah kepada dua bahagian dengan fungsi yang berbeza. Selain itu, adanya penghadang juga dapat menjimatkan kos anda untuk membina dinding baru hanya sebab mahu ruang tambahan dalam rumah.


Penghadang mempunyai pelbagai fungsi dan motif. Ini bergantung kepada keperluan sesebuah keluarga. Sekiranya mereka mahukan privasi, penghadang yang sesuai perlu digunakan bagi menghalang pandangan orang luar atau tetamu yang datang. Penghadang mempunyai fungsi sebagai rak buku, pembahagi antara ruang seperti ruang makan, bilik tontonan, ruang rehat, bilik bacaan dan sebagainya. Terdapat pelbagai jenis penghadang dipasaran. Pemilihan mestilah dibuat berdasarkan saiz ruang, tinggi siling, dan biarlah mengikut tema atau warna.