Mewujudkan ruang atau sudut bacaan dalam bilik tidur anak amat digalakkan agar mereka dapat memenuhi masa terluang dengan perkara yang berfaedah, terutama sekali di musim cuti sekolah.
Bagi memastikan suasana di ruang tidur anak anda tampil lebih menarik, seeloknya rak buku disusun dan di letekkan disudut yang betul dengan deretan buku atau majalah membuatkan ia kelihatan kemas.
Selain itu, susun atur buku atau majalah yang digemari oleh anak anda..agar mereka minat untuk membaca dan menelaah matapelajaran.
Pada rak buku itu, anda tidak perlu terikat-ikat dengan kebiasaan iaitu memenuhkan setiap inci ruangnya dengan deretan buku atau majalah. Sebaliknya cuba kelainan dengan meletakkan beberapa aksesori hiasan ringkas secara kreatif kedudukannya.