English Home Decor atau Dekorasi Gaya Inggeris


Dekorasi gaya Inggeris kian Popular di Malaysia dan amat diminati kerana hiasan corak bunga yang lembut dan tenang. Konsep yang diketengahkan dalam English Home decor ialah klasik dan moden dengan corak yang bungaan khususnya ros merah yang mewarnai setiap sudut ruang dari perabut hinggalah ke pinggan mangkuk.


Sementara itu Gaya Inggeris banyak membawa imej yang lembut, segar dan tenang dengan ilusi putih atau merah jambu yang menampakkan style keinggerisan. Hiasan bingkai gambar, rak, jam antik dan barangan perhiasan seperti pinggan dan cawan yang bermotifkan bunga-bungaan tersusun indah di sudut ruang, menjadikan pelengkap kepada konsep ini.
Di satu sudut di atas meja, dihiasi dengan bunga dan pinggan mangkuk yang tersusun elok. dengan padanan perabut  rona putih dan krim menjadikan ia kelihatan menarik apabila diserlahkan bersama aksesori hiasan terpilih. Bagi anda yang menyukai gaya ini, jangan takut untuk mencuba mendekorasi sendiri rumah anda. 

RAHSIA HIAS RUMAH RUANG SEMPIT



Kali ini saya akan berkongsi beberapa panduan bagaimana menghias rumah yang mempunyai ruang yang sempit. Panduan ini boleh diguna pakai bagi mereka yang tinggal di Flat, Apartment, mahupun rumah teres. 

5 RAHSIA HIAS RUMAH SEMPIT

1. Tentukan tema dekorasi berpandukan warna, corak dan motif yang membantu memberikan kesan bagi ruang seperti warna yang lembut, cerah dan corak yang meninggi ke siling.

2. Gunakan beberapa jenis lampu dan cermin di bahagian dinding bagi menampakkan efek ruang yang lebih luas. Sebagai contoh anda boleh gantungkan cermin yang besar dengan pencahayaan penuh. Ini memberi ilusi pantulan dan kesan pencahayaan akan menampakkan ruang lebih luas.

3. Penyusun perabot juga memainkan peranan yang penting. Seeloknya kenal pasti apakah fungsi ruang  dan susun perabut mengikut fungsi ruang tersebut agar nampak praktikal dan sesuai. Pastikan juga ada ruang untuk anda bergerak dan aktiviti lain seperti ruang untuk anak-anak anda bermain. Beli perabut yang padan dengan saiz ruang rumah. 

4. Pamerkan, perhiasan dan aksesori yang bersesuaian sahaja. Sebagai contoh frame gambar, bunga hiasan dan sebagainya. Jangan letak terlalu banyak aksesori dan perhiasan, kerana ia akan membuatkan ruang menjadi sesak dan sempit.

5. Gatungkan langsir yang tinggi dari siling ke lantai bagi menampakkan kesan yang luas dan menampakkan ketinggian siling. Bagi menjadikan ianya lebih menarik, seeloknya gunakan fabrik yang lembut dan beralun.


DEKORASI RUANG TAMU; PENCAHAYAAN LAMPU BANGKITKAN SUASANA




Fungsi pencahayaan amat penting dan mesti dititik beratkan.  Penataan cahaya  yang betul akan memberikan kesan kepada seluruh ruang. Di sini saya kongsikan bagaimana untuk menghasilkan efek lampu yang menarik dan efektif bagi ruang tamu.



1. Pasang lampu down  light yang berjajar rapi dan simetri di permukaan luaran platform kemasan siling kapur.

2. Pasang hidden lamp neon di bahagian dalam drop ceilling. Anda boleh juga pasang pada belakang almari atau meja sisi.

3. Gandingkan down light atau hidden lamp dengan lampu pendant atau candelier

4. Gunakan lampu pancar tepat untuk menerangi lukisan atau bingkai foto pada dinding.

5. Untuk fokus utama, titik lampu down light disasarkan pada meja sisi di kiri dan kanan sofa utama.