Tinggal dirumah flat, apartment, mahupun kondo tak semestinya kita tidak boleh bercucuk tanam. Bagi mereka yang inginkan suasana hijau dan nyaman..apa kata kita cuba mewujudkan laman herba di ruang balkoni. Tanam herba di halaman rumah mudah dan menyeronokkan. Pokok-pokok herba boleh di dapati dengan mudah di pasar raya. Penanaman pelbagai jenis herba termasuk serai, pandan, kunyit, bawang, daun sadri, cili, pandan dan sebagainya boleh ditanam di persekitaran rumah dan kita sudah tidak perlu membeli di pasar
Pegaga merupakan antara tanaman herba yang senang dijaga dan tidak memerlukan penjagaan rapi. Ada banyak herba yang boleh anda tanam di dalam pasu di balkoni. Misalnya pandan, pokok kari, serai, cili, kunyit, halia, daun kesum dan pelbagai lagi.Untuk mengelakkan radiasi haba dari dinding konkrit, tempatkan herba-herba yang lebih besar dan tahan lasak untuk melindungi herba-herba yang lebih kecil dan sensitif.
Bagaimanapun pastikan semuanya mendapat cahaya matahari yang mencukupi.Pokok-pokok herba yang popular dan agak besar adalah seperti limau kasturi, pokok kari dan serai. Ada juga tanaman baru yang mula popular seperi epal vietnam dan ceri siam.Kedua-dua tanaman ini mempunyai buah dan pasti akan menjadi kegemaran anak-anak.
Balkoni yang menghadap ke selatan atau utara mungkin mempunyai kelebihan dari segi penerimaan cahaya matahari.Bagi herba-herba yang memang berasal dari kawasan tropika, ia tidak ada masalah. Tetapi jika anda menanam sesuatu yang berbeza, penjagaan lebih rapi mungkin diperlukan.