Dekorasi Pelamin


Bagi pasangan pengantin sudah tentu mahukan hari persandingan dikenang sampai keakhir hayat, jesteru itu dekorasi pelamin memainkan peranan untuk mencipta dan merealisasi impian pasangan. Peranan pelamin tidak hanya untuk duduk dan diraikan, malah ianya menjadi pelengkap sesebuah perkahwinan.

Idea dan rekabentuk pelamin kini berubah mengikut peredaran semasa Dan mengikut team yang diinginkan pasangan. Bermula dari tirai, pentas, kerusi duduk dan juga bunga-bungaan, semuanya disusun atur digubah menjadi menarik. Di sinilah letaknya titik fokus atau sentral sesebuah dewan. Susun atur yang menarik dan terancang akan menghasilkan kualiti kerja yang bermutu dan menjadi tarikan tetamu yang hadir.


Dekorasi Rumah Berkonsepkan Oriental Moden


Oriental Moden merupakan konsep yang mengabungkan klasik dan moden. Tidak hairanlah jika konsep ini memberi sentuhan bagi rumah moden untuk tampil dengan imej yang berbeza dan memecah dominasi moden. Konsep Oriental Moden menitik beratkan pemilihan aksesori dan perabot yang sesuai dengan konsep, termasuklah pasu-pasu hiasan, kabinet kayu, dan sebagainya.

Pemilihan kemasan lantai juga mestilah diutamakan, pemilihan jubin atau lantai kayu mestilah ringkas dan sesuai. Biasanya untuk konsep sebegini, penggunaan karpet adalah jarang digunakan. Selain lantai, pemilihan perabot lazimnya berarona gelap dan mempunyai ciri-ciri yang unik seperti perabut katil dan meja sisi yang didatangkan dengan meterial kayu yang semulajadi. 

Pemilihan warna seperti putih, krim, kuning atau gray untuk dipadankan dengan dinding, lantai dan siling akan menyerlahkan lagi ciri-ciri oriental moden. Pemilihan tone color yang lembut akan memberi pengaruh besar pada ruangan, dipadankan pula dengan perabot yang sesuai. Namun, jangan terlampau sarat..