Idea dekorasi bilik si kecil


Setiap keluarga pastinya inginkan sebuah bilik yang selesa dan selamat untuk si kecil yang sedang membesar. Pemilihan perabut dan warna banyak memainkan peranan dalam menentukan keselesaan dan mood anak-anak. Berikut senarai beberapa contoh dan idea menarik untuk dekorasi bilik si kecil.


Bagi anak-anak diperingkat umur 3-7 tahun. Mereka perlukan ruang untuk bermain dan meneroka sesuatu dalam proses perkembangan minda. Pengubahsuaian bilik dan pemilihan perabot yang sesuai amat penting agar tidak terlalu padat dan menyukarkan pergerakan si kecil anda. Perabot pasang siap seperti di Ikea memudahkan ibu bapa membuat pilihan sesuai dengan citarasa anak-anak.


Perabot asas seperti katil dan almari seperti gambar di bawah amat sesuai bagi si kecil anda dengan reka bentuk yang simple dan elegan. Almari/stor untuk menyimpan barang perlu agar tidak berselerak dan mendatangkan kecederaan sekiranya tidak disimpan dengan elok.


Pemilihan warna yang terang dan ceria juga membantu dalam menceriakan suasana dan meningkatkan keseronokan anak-anak untuk bermain dan belajar.