Tips Menjadikan Ruang Tamu Kelihatan Mewah
By mobile2626:43:00 PM
Bagi anda yang sedang mencari idea untuk menghias ruang tamu agar tampak elegen dan mewah. Di sini saya ingin berkongsi 5 idea atau tips bagi membangkitkan suasana mewah di ruang tamu.
Pertama: Perabot yang digunakan mestilah yang bermutu tinggi. Sofa kini boleh digayakan samaada klasik, moden dan urban.
Kedua: Warna juga memainkan peranan yg penting dalam menimbulkan suasana mewah. Padanan kertas dinding yang sesuai akan membangkitkan suasana yang elegan dan mewah jika betul kombinasi warnanya.
Ketiga: Gunakan Fabrik Langsir seperti jacquard tebal polos atau bercorak, sutera thai, baldu yang berat dan beralun, renda perancis dan banyak lagi. Fabrik tebal dan beralun menjadi pilihan masa kini.
Keempat: Permaidani sutera Parsi menjadi pilihan untuk imej mewah, lagi halus buatan dan corak adalah lebih baik.
Kelima: Perhiasan pelbagai jenama seperti Lalique, Hermes, Versace, Royal Doulton, Portmeirion, Elle, Feberge, Royal Selangor antara hiasan yang menjadi pilihan.