Idea membina batu pemijak atau stepping stone di laman rumah


Persekitaran rumah tampak lebih elegan dan kemas dengan adanya tapak pejalan kaki atau lebih dikenali sebagai batu pemijak/stepping stone (bahasa orang putih). Kebanyakan rumah yang mempunyai laman yang sempit akan tampak lebih menyerlah dengan binaan tapak gajah atau stepping stone. Idea kreatif dan segar dalam susun atur batu pemijak akan menjadikan persekitaran rumah lebih menarik terutamanya dengan menghasilkan batu pemijak buatan sendiri.


Tampak mudah! namun ianya memerlukan kreativiti dan kesabaran yang tinggi. Bagi anda yang berminat untuk menghasilkan sendiri foot stone sebegini, anda hanya perlu menggunakan bancuhan simen, bekas yang sesuai dan sedikit hiasan seperti manik, guli, ceramik, kaca, daun-daunan dan sebagainya.


1. Stepping stone "Corak Tangan"


2. Stepping stone "Corak Pokok"


3. Stepping stone "Corak Daun"


4. Stepping stone "Kulit Cengkerang"


5. Ini pula Pabble Stone beraneka warna

Bayangkan betapa gembiranya hati sekiranya anda sendiri yang menghasilkan batu pemijak ini. Pastinya menjimatkan kos dan seterusnya menjanjikan kepuasan..












Tips Menjadikan Ruang Tamu Kelihatan Mewah


Bagi anda yang sedang mencari idea untuk menghias ruang tamu agar tampak elegen dan mewah. Di sini saya ingin berkongsi 5 idea atau tips bagi membangkitkan suasana mewah di ruang tamu.

Pertama: Perabot yang digunakan mestilah yang bermutu tinggi. Sofa kini boleh digayakan samaada klasik, moden dan urban.

Kedua: Warna juga memainkan peranan yg penting dalam menimbulkan suasana mewah.  Padanan kertas dinding yang sesuai akan membangkitkan suasana yang elegan dan mewah jika betul kombinasi warnanya.

Ketiga: Gunakan Fabrik Langsir seperti jacquard tebal polos atau bercorak, sutera thai, baldu yang berat dan beralun, renda perancis dan banyak lagi. Fabrik tebal dan beralun menjadi pilihan masa kini.

Keempat: Permaidani sutera Parsi menjadi pilihan untuk imej mewah, lagi halus buatan dan corak adalah lebih baik.

Kelima: Perhiasan pelbagai jenama seperti Lalique, Hermes, Versace, Royal Doulton, Portmeirion, Elle, Feberge, Royal Selangor antara hiasan yang menjadi pilihan.

Ikea Cheras - Idea Dekorasi Dalaman


Berkunjung ke Ikea Cheras buat kali pertama setelah dibuka untuk orang ramai. Pertama kali sampai ke sini dengan jalan yang penuh sesak adalah perkara biasa bagi mereka berada disekitar Kuala Lumpur ..maklumlah ikea cheras terletak berhampiran dengan pusat bandar.


Bagi yang belum pernah sampai ke sana, Ikea Cheras terletak di jalan Cochrane..boleh lihat lokasi di dalam peta di atas.


Sebaik sahaja memasuki gedung Ikea, fuhh ramainye orang..besesak-sesak dan beratur panjang, namun taklah sesesak hari pertama ia dibuka.


Fokus utama saya ke Ikea, Cheras ialah untuk melihat sendiri tawaran barangan murah yang dikatakan dan mengambil sedikit idea untuk tujuan dekorasi rumah. Dari segi susun atur ikea cheras tidak jauh beza berbanding ikea Damansara, cuma Ikea Cheras lebih luas dan besar.



 





Idea rekaan rak buku yang menarik


Inginkan sesuatu kelainan untuk ruang rumah anda?. APA kata anda lihat idea rekaan rak buku yang begitu unik dan memukau mata setiap yang memandang, selain fungsi sebagai rak buku.


Idea kreatif sebegini memberi nafas baru berbeza dengan rekaan klasik. Kadang-kala bagaimana anda menyusun atau mengubahnya akan memberi impak yang besar bagi sesebuah ruang.


Bagi anda yang sukakan kelainan, anda bolehlah membuat rujukan di internet atau majalah dekorasi..bagi mendapatkan idea dan panduan yang jelas.





IKEA Cheras Kini Dibuka


Bagi anda yang meminati barangan perabot Dan kelengkapan rumah Dari IKEA, kini anda tidak perlu bersusah lagi untuk ke Damansara.. 



IKEA cheras kini dibuka untuk orang ramai. TerletakJalan Cochrane, Cheras..IKEA Cheras merupakan cawangannya yang kedua selepas IKEA Damansara.



Dengan keluasan 42,000 meter persegi, menjadi IKEA Cheras lebih Luas, dengan 56 ruang pameran dan lebih dari 8,500 produk untuk dijadikan perabut dan dekorasi untuk rumah anda.



Sempena pembukaan cawangan IKEA Cheras, banyak tawaran yang menarik yg disediakan untuk pengunjung, sehinggakan ada yang sanggup beratur panjang bagi mendapatkan barangan yang ditawarkan dengan harga murah.