Panduan ringkas mengubahsuai rumah


"Perabut pilihan dari ikea"
Selamat datang ke lamandeco, terima kasih kerana mengunjungi kami. Untuk tips kali ini saya akan berkongsi bagaimana untuk memilih kombinasi perabut, warna, konsep, dan kaedah yang sesuai dalam menentukan pengubahsuaian. Ikuti panduan ringkas yang disediakan ..



  • Gunakan perabot yang sesuai jenis ringkas, lembut dan ringan amat dicadangkan.
  • Pilih warna yang kontra bagi memberi kelainan pada ruang dan membangkitkan suasana harmoni sepanjang masa.
  • Jika memilih konsep kasual, ia memerlukan susunan hiasan secara mendatar, melintang, panjang dan besar.
  • Gunakan meja makan yang besar di ruang makan selain menambah kabinet hiasan di satu ruang.
  • Anda boleh memilih bahan yang sesuai dengan elemen dekorasi berasaskan rotan dan besi antara cadangan.
  • Jika ada koleksi antik yang sedia ada, ia boleh disusun letak secara kreatif.
  • Jika anda seorang yang suka mengubahsuai barang-barang lama, almari dapur sesuai dijadikan rak buku antik.
  • Almari atau kerusi lama jangan dibuang sebaliknya hias atau cat semua mengikut cita rasa dan konsep penataan.

    Kaedah itu tidak memerlukan bajet yang besar dan anda tidak perlu membeli almari baru untuk menempatkan koleksi lama berkenaan.

    Mungkin hasil yang baru lebih bernilai dan memberikan keindahan seni luar biasa dengan idea tersendiri.
  • Walau apa jua konsep dekorasi pilihan anda, pastikan rutin mengemas sentiasa diberi keutamaan supaya suasana santai kekal tanpa mengira siang atau malam.




  • Semoga sedikit panduan ini berguna untuk anda ..selamat mencuba ya.