Idea reka bentuk bilik tidur bertemakan ungu




Berikut adalah beberapa idea reka bentuk bergaya ruang untuk anda yang suka warna ungu.

1. Mengecat adalah satu perkara yang penting apabila menghias bilik. Setiap warna mempunyai makna yang tersendiri yang menunjukkan ekspresi perasaan dan emosi. Warna ungu adalah simbol kreativiti, kebijaksanaan, kemasyhuran dan juga warna feminin dan warna ungu juga menimbulkan perasaan romantik. Ada yang berkata ungu yang boleh membuatkan kita mempunyai ketenangan dalam fikiran dan ia juga merupakan warna untuk meditasi. 

2. Bilik-bilik yang yang ditunjukkan dibawah mempunyai sentuhan warna ungu dalam rekaan. 

adunan warna Ungu dalam reka bentuk dalaman, sepert warna dinding , perabot , kusyen atau hanya sekadar meletakkan benda yang kecil seperti lukisan, sudah cukup membuatkan bilik kelihatan bergaya dan menakjubkan. tambahan pula dihiasi warna ungu.



Tip Membina Ruang Simpanan


Kelihatan teratur dan kemas adalah asas yang paling penting bagi sesebuah ruang, ini boleh dilakukan dengan menyediakan ruang stor yang mencukupi untuk menyimpan barangan. Samada ianya terbuka atau tertutup , beberapa perkara perlu diambil kira termasuklah kekerapan penggunaan barangan tersebut, berat dan ukuran barang, kedudukan tempat menyimpan serta kesesuaiannya.


Tip membina ruang simpanan

1. Barang yang sering digunakan seperti buku, peralatan dapur dan alatan mandi adalah sesuai diletakkan diruang penyimpinan terbuka.
2. Barangan berat seharusnya diletakkan pada ketinggian yang sesuai (paras pinggang) untuk mengelakkan kesukaran mengangkatnya.
3. Penggunaan pintu yang sesuai bagi ruang simpanan perlu mengambil kira kesesuaian. ada banyak jenis pintu seperti gelangsar, berlipat, dan pintu pusing.


Konsep Moden Minimalis @ Modern Minimalist

Untuk post saya kali ini, saya akan menunjukkan kepada anda reka bentuk moden minimalis untuk gaya hidup yan moden, semoga ia akan memberi inspirasi kepada anda dalam dekorasi rumah nanti.
Sentuhan moden minimalis pada ruang memberi satu gaya baru bagi mereka yang inginkan kelainan dalam dekorasi rumah mereka. kombinasi lantai kayu dan perabut yang ringkas menyerlahkan lagi ruang rumah.
penggunaan sliding door untuk bilik tidur juga memberikan sentuhan reka bentuk jepun. Padanan warna putih @ cerah merupakan konsep utama 'moden minimalis'. Mengadaptasikan konsep simple dan praktikal merupakan elemen yang perlu ada untuk konsep sebegini.
Rasanya untuk setakat ini sahaja post 'moden minimalis' . semoga bersua lagi ..

Tip Memasang Langsir Dapur


Assalamualaikum, sudah lama tak update blog , maklumlah sibuk. Kali ini saya akan berkongsi bagaimana untuk memasang langsir dapur. Seperti yang sedia maklum sudah menjadi trend kita menukar langsir setiap tahun. 

Langsir dapur lebih terdedah dengan kepanasan dan humidity berbanding di tempat lain. Langsir lama yang menghiasi ruang tamu atau bilik tidur anda sebelum ini mungkin materialnya dari jenis yang memerlukan penjagaan rapi atau cucian kering. Atau lebih tepat dipanggilheavy curtain. Tebal dan berat. Langsir yang tebal mudah memerangkap lembapan dan bau hapak. Jadi,light curtain (nipis dan ringan) lebih praktikal kerana beberapa sebab.


Langsir dapur sepatutnya membenarkan sejumlah cahaya matahari masuk untuk menambah kecantikan dapur anda secara semulajadi. Heavy curtain hanya akan menghadang cahaya, menjadikan suasana dapur gelap dan tidak sesuai untuk memasak. Jadi, elakkan daripada mengganggu laluan cahaya memasuki ruang dapur. Tetapi tidaklah terlalu jarang atau nipis hingga orang di luar boleh nampak dengan mudah.


Light curtain pula membolehkan bau masakan tersebar keluar melalui tingkap. Heavy curtain hanya akan memerangkapnya. Memilih kain langsir seperti lacenylon dan cotton lebih sesuai. Langsir dapur juga sepatutnya senang untuk dicuci dan dijaga. Adakalanya hanya perlu dikibas untuk membuang debu.


Tips Memasang Langsir

1. pastikan jarak langsir selamat daripada api dapur yang mungkin boleh mendatangkan perkara yang tidak diingini. Jika terlalu hampir dengan dapur masak, mungkin idea anda kurang sesuai sebab langsir akan lebih mudah menyerap lembapan terutama wap daripada masakan. Seterusnya mungkin menyebabkan bau hapak menguasai ruang rumah anda. Seperkara lagi, bagi kes tertentu, langsir tadi mungkin juga akan memerangkap minyak daripada pelbagai jenis masakan yang akan meningkatkan risiko kebakaran.


2. Sekiranya tingkap dapur dekat dengan jalanraya, privacy mungkin jadi keutamaan dan anda sememangnya memerlukan langsir. Berapa jauh rumah anda dengan jiran. Jika berjauhan dengan jiran, terutama bagi anda yang duduk di kawasan sedikit terpencil daripada kesibukan, langsir dapur mungkin tidak perlu sangat. Anda boleh menikmati pemandangan luar ketika di dapur dan juga membenarkan sebanyak mana yang boleh cahaya masuk.


3, Warna peralatan, kabinet dan countertop dapur anda akan mempengaruhi stail langsir yang anda pilih. Langsir akan lebih nampak bergaya sekiranya padan dengan bahagian dalaman dapur yang lain. Anda juga boleh padankan warna langsir dengan lantai dapur, warna dinding ataupun wallpaper yang digunakan. Secara umumnya, gunakan langsir bercorak jika warna dinding dapur adalah solid. Dinding yang dihias dengan wallpaper lebih sesuai dengan langsir yang plain (tanpa corak).


4. Satu lagi yang penting adalah ukuran langsir. Berikan perhatian pada saiz dan panjang langsir. Langsir yang panjang dan labuh mungkin nampak cantik di tempat lain, tetapi bukan di dapur. Ukuran langsir dapur sepatutnya sama mengikut saiz tingkap. Langsir labuh mudah terkena percikan air, kotoran dan menyerap lembapan.


Masih belum jumpa langsir yang sesuai?. Satu lagi pilhan, anda boleh gunakan blind curtain. Mudah dijaga dan tidak mempunyai daya serapan. Sangat sesuai untuk menghalang pandangan dari luar terutama pada waktu malam, tetapi masih membolehkan cahaya masuk pada waktu siang. Anda juga boleh membuka tingkap untuk membenarkan udara segar memasuki ruang dapur rumah anda.

Dekorasi Rumah Gaya Timur Tengah

n

Dekorasi Rumah milik Julie Klear dan Moulay Essakalli ini dihias mengikut konsep tradisional Marrakesh dan disulami serba sedikit elemen kontemporari bagi memberikan lebih suasana ceria dalam ruang kediaman ini. Bagi mereka yang inginkan kelainan, bolehlah mengadaptasikan gaya mereka supaya tampak berbeza.

Korea Wallpaper pilihan lamandeko

Bagi peminat korea wallpaper anda boleh melihat sendiri pelbagai jenis dan reka grafik yang terkini dari Korea. Bagi yang berada diselangor boleh menjengok sendiri di  No. 2-1 & 3-1, Jalan Merbah 1, Bandar Puchong Jaya, 47170 Puchong, Selangor (bersebelahan IOI Mall, Jusco Puchong).
 Pelbagai koleksi dari ruang tamu ke bilik tidur boleh didapati di sini.