5 Tips Memilih Lampu Lantai Rumah


Terdapat beberapa ketegori lampu hiasan yang perlu anda tahu antaranya lampu lantai, lampu siling, lampu, dinding, lampu meja dan juga lampu sorot. Untuk kali ini saya akan menerangkan tentang lampu lantai. Dalam memilih lampu lantai yang sesuai untuk rumah anda pastikan mengamalkan 5 tips di atas.


Lampu lantai sememangnya popular dan amat trendy untuk dipadankan dengan kemasan lantai baru, cahayanya menarik menyerlahkan lagi ruang sekitar dan menambahkan lagi romantis di kamar anda. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa kekurangan tentang lampu lantai, antaranya ia memerlukan soket elektrik yang hampir dan wayar yang panjang boleh menyebabkan risiko kemalangan (Elakkan wayar menghalang laluan ). Rujuk panduan di atas untuk lebih jelas.

Berhari Raya dengan Barangan IKEA


Assalamualaikum dan salam Ramadan, dalam menyambut Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi, Suri rumah terutamanya sibuk menghias rumah mereka agar berseri-seri di hari Raya nanti. Bagi yang berkesempatan berkunjung ke Ikea, Damansara, banyak pilihan perabut, textiles, dan bermacam-macam lagi peralatan hiasan rumah boleh didapati di sana. Terdapat juga promosi atau rebate untuk fabric sofa.



Di Ikea, anda boleh memilih sendiri barangan kesukaan anda. di samping itu anda boleh mendapatkan inspirasi @ idea bagi tujuan mengubah suai rumah anda agar lebih menyerlah di hari Raya. Bagi yang ingin menukar langsir baru , terdapat pelbagai pilihan langsir yang menarik di Ikea..dan harganya berpatutan.


Bagi mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjut tentang barangan ikea, promosi, rebate dan sebagainya bolehlah melayari IKEA DAMANSARA.



10 Tips Membentuk Laman Rumah yang Menarik



Assalamualaikum, kali ini saya akan berkongsi 10 tips dan panduan bagaimana untuk membentuk laman rumah yang ideal dan menarik. Laman rumah mempunyai nilai yang berharga bagi seseorang pemilik kediaman, kerana laman rumah yang cantik akan mempengaruhi emosi atau mood seseorang. begitu juga bagi tetamu yang berkunjung ke rumah pasti akan berasa teruja dan tertarik dengan laman rumah yang cantik. Antara 10 tips ialah;

1. Tanam pokok yang tumbuh tinggi bagi bingkai pada ruang laman rumah anda seperti di sisi dan di belakang rumah. Jarakkan penanaman pokok tersebut bagi memberi ruang pokok untuk membesar.

2. Menanam tumbuhan yang besar dan tinggi, di samping tumbuhan renek disekelilingnya akan mewujudkan ruang laman yang lebih luas.

3. Elakkan mencampur adukan penanaman pokok pada kawasan yang sama, kerana ini akan mencacatkan pemandangan.

4. Elakkan penanaman pokok yang terlalu banyak di halaman rumah anda, kerana ia akan menengelamkan panorama rumah anda.

5. Elakkan daripada menanam tanaman atau tumbuhan berdekatan dengan pintu masuk atau laluan pejalan kaki.

6. bagi anda yang baru sahaja mewujudkan landskap, mulakan dengan menanam pokok yang mudah dijaga.

7. Dan sekiranya anda ingin mewujudkan tanaman sayuran pastikan anda membuat perancangan terlebih dahulu. Seeloknya asingkan tanaman sayur dengan landskap anda. Sebagai contoh hadapan rumah untuk landskap manakala tepi rumah untuk tanaman sayuran.

8. Pastikan juga anda mewujudkan kawasan untuk anak-anak anda bermain.

9. Bagi yang inginkan tambahan eksesori laman pula, pilih yang tidak terlalu besar dan berat. Ini akan memudahkan anda mengubah kedudukan objek tersebut.

10. Buat rujukkan dalam majalah, internet dan sebagainya.

Tips Membuat Lakaran Dekorasi Ruang Tamu


Assalamualaikum, kali ini saya akan berkongsi tips dan panduan bagaimana untuk melakar dan menyusun atur perabut ruang tamu agar tampak menarik dan kemas.

Pertama; Dapatkan keluasan sebenar ruang tamu rumah anda, kemudian buat lakaran di atas kertas A4. Anda boleh lihat contoh di atas.

Kedua; Senaraikan perabut yang anda inginkan di ruang tamu rumah anda, Ianya amat penting untuk anda membuat lakaran atau susun atur  perabot yang anda inginkan berada. Susun perabut dalam keadaan yang anda rasa anda inginkan. Dari sini anda akan dapati berapa banyak ruang kosong yang anda ada. Anda juga dapat lihat jumlah perabot tersebut bersesuaian atau tidak bergantung kepada keluasan ruang kosong yang anda inginkan. Jangan lupa letakkan juga anggaran saiz perabot tersebut agar mudah untuk memilihnya nanti.



Ketiga; Untuk ruang tamu yang terhad dan sederhana luas, Susunan perabot dan peralatan lebih elok dirapatkan kedinding agar ruang dapat digunakan semaksimum mungkin dan memberi lebih banyak ruang kosong. Akhir sekali..masa untuk gerak kerja membeli, menyusun dan membuat penyesuaian mengikut lakaran yang telah disediakan.

Semoga tips ringkas ini dapat membantu anda mendekorasi ruang tamu agar tampak elegan dan cantik.