Assalamualaikum, selamat datang ke lamandeco. Kali ini saya akan berkongsi 5 Tips, bagaimana anda boleh mengubah dan menghias bilik tidur anda agar lebih menarik, segar dan santai. Mungkin ada yang berpendapat bilik tidur tidak perlu dihias cantik seperti di ruang tamu atau ruang makan kerana jarang-jarang dilihat oleh tetamu yang datang berkunjung. Namun sebenarnya pendapat ini adalah salah kerana Bayangkan jika ada tetamu yang datang untuk ke tandas ataupun nak menyusu baby, pasti bilik tidur anda akan menjadi tempatnya. Berikut 5 idea yang ingin saya kongsikan bersama;
Memilih warna yang betul untuk bilik tidur anda adalah langkah pertama untuk mewujudkan suasana yang lebih santai. Biru antara warna yang baik untuk bilik tidur, di samping warna-warna lain seperti ungu, biru gelap, kelabu, dan coklat.
2. Pemilihan Lampu
Padanan lampu yang sesuai amat penting untuk mewujudkan suasana di dalam bilik tidur yang damai.
3. Pilih Cadar yang sesuai
Bagi menambah seri bilik tidur anda, dicadangkan supaya menggunakan cadar yang padan dengan warna bilik anda. Pilihan cadar yang sesuai amat penting dalam menghidupkan suasana bilik tidur.
4. Permaidani / karpet
Permaidani juga berperanan dalam menyerikan sesuatu ruang. Bagi bilik tidur , seeloknya pilih permaidani yang berukuran kecil. Anda perlu bijak meletakkan permaidani di tempat yang betul agar ia menjadi titik tumpu dan memberi kesan pada keseluruhan suasana bilik tidur. Pilih corak dan tekstur yang sesuai dengan gaya bilik tidur.
5. Wangian atau hiasan
Wujudkan bilik tidur yang harmoni dan tenang dengan meletakkan haruman atau pokok hiasan seperti lavender atau lain-lain pokok hiasan yang sesuai.