Idea Ringkas Hiasan di Ruang Makan


Bagi memastikan ruang makan tampil kelihatan cantik dan menarik, pastikan anda memilih meja makan yang sesuai. Pilih saiz meja makan bertepatan dengan keperluan isi rumah anda. Meja bulat atau persegi , perlu dipertimbangkan terlebih dahulu agar bersesuaian dengan konsep yang diinginkan begitu juga dengan reka plan rumah agar kombinasi perabut bertepatan..



Selain itu, aksesori hiasan seperti lampu, pasu kaca, bungaan, kaki lilin pelbagai corak dan sebagainya boleh dijadikan hiasan bagi membangkitkan mood anda dan menyuntik perasaan ceria dan segar diruang makan.



Lukisan gantung seperti abstrak yang menampilkan corak yang terang seperti kombinasi warna oren, merah dan hijau mampu menyerlahkan dan membangkitkan selera anda terutama ketika menjamu selera. 

Seterusnya pencahayaan lampu yang sesuai dan jangan terlalu terang sehingga menyakitkan mata, seharusnya pilihlah lampu yang mana pencahyaannya lembut dan suaikan dengan tema dekorasi ruang yang anda inginkan.

Idea Ringkas Dekorasi Rumah agak lebih menarik


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera dari saya, editor Lamandeco. Selamat bertemu kembali dalam siri dekorasi rumah dan laman. Kali ini, saya ingin berkongsi tips dan panduan ringkas yang mungkin berguna untuk anda yang sibuk dan inginkan rumah anda sentiasa kemas dan cantik. 

Bagi anda yang inginkan kediaman anda kelihatan cantik, elegan dan bergaya, di sini saya ingin berkongsi beberapa idea ringkas bagi dekorasi rumah agar lebih menarik.

Pertama; Jangan Takut Untuk Lakukan Satu Perubahan. Sesuatu dekorasi mungkin tidak akan berjaya sekiranya anda tidak berani mencuba. Dalam melaksanakan sesuatu idea atau konsep yang baru, anda tidak boleh lari melakukan kesilapan, namun ia bukannya menjadi batu pengahalang untuk anda terus cuba membuat penambahbaikan.

Kedua; Selalu membuat rujukan samaada melalui laman deko, majalah, program tv, cd dekorasi dan sebagainya. Bagi anda yang inginkan panduan mudah dekorasi, saya syorkan mendapatkan buku panduan digital "Dekor Bajet" yang bernilai RM 27..untuk anda membuat rujukan nanti.

Ketiga; tetapkan bajet untuk sesuatu dekorasi yang diinginkan. Sebagai contoh untuk ruang tamu Rm 5 ribu, dapur RM 6 ribu, bilik tidur RM3 ribu..anda yang tentukan bajet mengikut kemampuan. Survey terlebih dahulu perabot yang ingin anda beli sebelum anda membuat pembelian. Perabot yang mahal tak semestinya menjamin kesempurnaan, kadang barangan perabot terpakai pun tampak elegen sekiranya anda bijak mengaplikasinya dalam ruang.