Ruang Santai Balkoni Moden



Menikmati udara segar dan nyaman di balkoni antara fungsi utama selain ianya menjadi tempat bersantai dan beristirehat sambil minum petang. Selain itu, balkoni juga dilihat sebagai tempat untuk  berkarya, berkebun dan bersenam. 



Penggunaan perabut yang ringkas dan bersesuaian perlu bagi memastikan ianya tidak menggunakan banyak ruang. Ruang yang sarat dengan perabut akan mencacatkan pemandangan dan keterbatasan aktiviti.



Susun atur perabut seperti sofa / kerusi kayu ringkas dengan meja kecil disamping hiasan bunga-bungaan akan menampakkan kekemasan dan keharmonian rumah itu sendiri. Namun begitu , penggunaan perabut sebegini tidak digalakkan sekiranya ada anak kecil ..takut nanti terjatuh.


Gazebo pelengkap laman rumah


Sudah menjadi impian pemilik kediaman untuk memiliki sebuah laman yang menarik lengkap dengan tempat istirahat atau sebuah pondok kecil untuk menghilangkan stress dan penat seharian bekerja. Gazebo atau pondok begitu sinonim dengan masyarakat kita yang sukakan tempat untuk bersantai bersama keluarga di luar rumah.


Walaubagaimanapun untuk menghasilkan sesebuah Gazebo bukannya murah, ianya mencecah ribuan ringgit bergantung kepada jenis kayu yang digunakan. Penggunaan kayu seperti Cengal, balau, dan merbau sering menjadi pilihan pengguna kerana ketahanannya, namun harganya boleh tahan juga!.
Bagi saya kayu Cengal menjadi pilihan kerana ketahanannya dari serangan anai-anai, hujan panas dan jangka hayat mececah 30 tahun bergantung kepada penjagaannya.


Gazebo juga mempunyai pelbagai jenis dan bentuk..ada yang berbentuk segi empat, segi lima dan segi enam. Pemilihan tema gazebo seperti klasik, modern, urban, minimalis mahupun country mempengaruhi jenis dan penggunaan bahan.



Idea membina batu pemijak atau stepping stone di laman rumah


Persekitaran rumah tampak lebih elegan dan kemas dengan adanya tapak pejalan kaki atau lebih dikenali sebagai batu pemijak/stepping stone (bahasa orang putih). Kebanyakan rumah yang mempunyai laman yang sempit akan tampak lebih menyerlah dengan binaan tapak gajah atau stepping stone. Idea kreatif dan segar dalam susun atur batu pemijak akan menjadikan persekitaran rumah lebih menarik terutamanya dengan menghasilkan batu pemijak buatan sendiri.


Tampak mudah! namun ianya memerlukan kreativiti dan kesabaran yang tinggi. Bagi anda yang berminat untuk menghasilkan sendiri foot stone sebegini, anda hanya perlu menggunakan bancuhan simen, bekas yang sesuai dan sedikit hiasan seperti manik, guli, ceramik, kaca, daun-daunan dan sebagainya.


1. Stepping stone "Corak Tangan"


2. Stepping stone "Corak Pokok"


3. Stepping stone "Corak Daun"


4. Stepping stone "Kulit Cengkerang"


5. Ini pula Pabble Stone beraneka warna

Bayangkan betapa gembiranya hati sekiranya anda sendiri yang menghasilkan batu pemijak ini. Pastinya menjimatkan kos dan seterusnya menjanjikan kepuasan..