Gazebo pelengkap laman rumah


Sudah menjadi impian pemilik kediaman untuk memiliki sebuah laman yang menarik lengkap dengan tempat istirahat atau sebuah pondok kecil untuk menghilangkan stress dan penat seharian bekerja. Gazebo atau pondok begitu sinonim dengan masyarakat kita yang sukakan tempat untuk bersantai bersama keluarga di luar rumah.


Walaubagaimanapun untuk menghasilkan sesebuah Gazebo bukannya murah, ianya mencecah ribuan ringgit bergantung kepada jenis kayu yang digunakan. Penggunaan kayu seperti Cengal, balau, dan merbau sering menjadi pilihan pengguna kerana ketahanannya, namun harganya boleh tahan juga!.
Bagi saya kayu Cengal menjadi pilihan kerana ketahanannya dari serangan anai-anai, hujan panas dan jangka hayat mececah 30 tahun bergantung kepada penjagaannya.


Gazebo juga mempunyai pelbagai jenis dan bentuk..ada yang berbentuk segi empat, segi lima dan segi enam. Pemilihan tema gazebo seperti klasik, modern, urban, minimalis mahupun country mempengaruhi jenis dan penggunaan bahan.