Idea reka bentuk bilik tidur bertemakan ungu




Berikut adalah beberapa idea reka bentuk bergaya ruang untuk anda yang suka warna ungu.

1. Mengecat adalah satu perkara yang penting apabila menghias bilik. Setiap warna mempunyai makna yang tersendiri yang menunjukkan ekspresi perasaan dan emosi. Warna ungu adalah simbol kreativiti, kebijaksanaan, kemasyhuran dan juga warna feminin dan warna ungu juga menimbulkan perasaan romantik. Ada yang berkata ungu yang boleh membuatkan kita mempunyai ketenangan dalam fikiran dan ia juga merupakan warna untuk meditasi. 

2. Bilik-bilik yang yang ditunjukkan dibawah mempunyai sentuhan warna ungu dalam rekaan. 

adunan warna Ungu dalam reka bentuk dalaman, sepert warna dinding , perabot , kusyen atau hanya sekadar meletakkan benda yang kecil seperti lukisan, sudah cukup membuatkan bilik kelihatan bergaya dan menakjubkan. tambahan pula dihiasi warna ungu.



Tip Membina Ruang Simpanan


Kelihatan teratur dan kemas adalah asas yang paling penting bagi sesebuah ruang, ini boleh dilakukan dengan menyediakan ruang stor yang mencukupi untuk menyimpan barangan. Samada ianya terbuka atau tertutup , beberapa perkara perlu diambil kira termasuklah kekerapan penggunaan barangan tersebut, berat dan ukuran barang, kedudukan tempat menyimpan serta kesesuaiannya.


Tip membina ruang simpanan

1. Barang yang sering digunakan seperti buku, peralatan dapur dan alatan mandi adalah sesuai diletakkan diruang penyimpinan terbuka.
2. Barangan berat seharusnya diletakkan pada ketinggian yang sesuai (paras pinggang) untuk mengelakkan kesukaran mengangkatnya.
3. Penggunaan pintu yang sesuai bagi ruang simpanan perlu mengambil kira kesesuaian. ada banyak jenis pintu seperti gelangsar, berlipat, dan pintu pusing.


Konsep Moden Minimalis @ Modern Minimalist

Untuk post saya kali ini, saya akan menunjukkan kepada anda reka bentuk moden minimalis untuk gaya hidup yan moden, semoga ia akan memberi inspirasi kepada anda dalam dekorasi rumah nanti.
Sentuhan moden minimalis pada ruang memberi satu gaya baru bagi mereka yang inginkan kelainan dalam dekorasi rumah mereka. kombinasi lantai kayu dan perabut yang ringkas menyerlahkan lagi ruang rumah.
penggunaan sliding door untuk bilik tidur juga memberikan sentuhan reka bentuk jepun. Padanan warna putih @ cerah merupakan konsep utama 'moden minimalis'. Mengadaptasikan konsep simple dan praktikal merupakan elemen yang perlu ada untuk konsep sebegini.
Rasanya untuk setakat ini sahaja post 'moden minimalis' . semoga bersua lagi ..

Tip Memasang Langsir Dapur


Assalamualaikum, sudah lama tak update blog , maklumlah sibuk. Kali ini saya akan berkongsi bagaimana untuk memasang langsir dapur. Seperti yang sedia maklum sudah menjadi trend kita menukar langsir setiap tahun. 

Langsir dapur lebih terdedah dengan kepanasan dan humidity berbanding di tempat lain. Langsir lama yang menghiasi ruang tamu atau bilik tidur anda sebelum ini mungkin materialnya dari jenis yang memerlukan penjagaan rapi atau cucian kering. Atau lebih tepat dipanggilheavy curtain. Tebal dan berat. Langsir yang tebal mudah memerangkap lembapan dan bau hapak. Jadi,light curtain (nipis dan ringan) lebih praktikal kerana beberapa sebab.


Langsir dapur sepatutnya membenarkan sejumlah cahaya matahari masuk untuk menambah kecantikan dapur anda secara semulajadi. Heavy curtain hanya akan menghadang cahaya, menjadikan suasana dapur gelap dan tidak sesuai untuk memasak. Jadi, elakkan daripada mengganggu laluan cahaya memasuki ruang dapur. Tetapi tidaklah terlalu jarang atau nipis hingga orang di luar boleh nampak dengan mudah.


Light curtain pula membolehkan bau masakan tersebar keluar melalui tingkap. Heavy curtain hanya akan memerangkapnya. Memilih kain langsir seperti lacenylon dan cotton lebih sesuai. Langsir dapur juga sepatutnya senang untuk dicuci dan dijaga. Adakalanya hanya perlu dikibas untuk membuang debu.


Tips Memasang Langsir

1. pastikan jarak langsir selamat daripada api dapur yang mungkin boleh mendatangkan perkara yang tidak diingini. Jika terlalu hampir dengan dapur masak, mungkin idea anda kurang sesuai sebab langsir akan lebih mudah menyerap lembapan terutama wap daripada masakan. Seterusnya mungkin menyebabkan bau hapak menguasai ruang rumah anda. Seperkara lagi, bagi kes tertentu, langsir tadi mungkin juga akan memerangkap minyak daripada pelbagai jenis masakan yang akan meningkatkan risiko kebakaran.


2. Sekiranya tingkap dapur dekat dengan jalanraya, privacy mungkin jadi keutamaan dan anda sememangnya memerlukan langsir. Berapa jauh rumah anda dengan jiran. Jika berjauhan dengan jiran, terutama bagi anda yang duduk di kawasan sedikit terpencil daripada kesibukan, langsir dapur mungkin tidak perlu sangat. Anda boleh menikmati pemandangan luar ketika di dapur dan juga membenarkan sebanyak mana yang boleh cahaya masuk.


3, Warna peralatan, kabinet dan countertop dapur anda akan mempengaruhi stail langsir yang anda pilih. Langsir akan lebih nampak bergaya sekiranya padan dengan bahagian dalaman dapur yang lain. Anda juga boleh padankan warna langsir dengan lantai dapur, warna dinding ataupun wallpaper yang digunakan. Secara umumnya, gunakan langsir bercorak jika warna dinding dapur adalah solid. Dinding yang dihias dengan wallpaper lebih sesuai dengan langsir yang plain (tanpa corak).


4. Satu lagi yang penting adalah ukuran langsir. Berikan perhatian pada saiz dan panjang langsir. Langsir yang panjang dan labuh mungkin nampak cantik di tempat lain, tetapi bukan di dapur. Ukuran langsir dapur sepatutnya sama mengikut saiz tingkap. Langsir labuh mudah terkena percikan air, kotoran dan menyerap lembapan.


Masih belum jumpa langsir yang sesuai?. Satu lagi pilhan, anda boleh gunakan blind curtain. Mudah dijaga dan tidak mempunyai daya serapan. Sangat sesuai untuk menghalang pandangan dari luar terutama pada waktu malam, tetapi masih membolehkan cahaya masuk pada waktu siang. Anda juga boleh membuka tingkap untuk membenarkan udara segar memasuki ruang dapur rumah anda.

Dekorasi Rumah Gaya Timur Tengah

n

Dekorasi Rumah milik Julie Klear dan Moulay Essakalli ini dihias mengikut konsep tradisional Marrakesh dan disulami serba sedikit elemen kontemporari bagi memberikan lebih suasana ceria dalam ruang kediaman ini. Bagi mereka yang inginkan kelainan, bolehlah mengadaptasikan gaya mereka supaya tampak berbeza.

Korea Wallpaper pilihan lamandeko

Bagi peminat korea wallpaper anda boleh melihat sendiri pelbagai jenis dan reka grafik yang terkini dari Korea. Bagi yang berada diselangor boleh menjengok sendiri di  No. 2-1 & 3-1, Jalan Merbah 1, Bandar Puchong Jaya, 47170 Puchong, Selangor (bersebelahan IOI Mall, Jusco Puchong).
 Pelbagai koleksi dari ruang tamu ke bilik tidur boleh didapati di sini.

Hiasan cermin menambah seri ruang bilik


Cermin merupakan elemen yang tidak boleh dipandang ringan. Ini kerana dengan cermin membuat sebuah bilik yang kecil berasa lebih besar. Cermin merupakan sebahagian daripada reka bentuk itu sendiri,dengannya sesebuah bilik kelihatan lebih besar, bercahaya dan memberikan mood yang selesa disaat anda berjalan masuk dan keluar dari rumah/bilik. Ianya pasti menyeronokan dan menarik bagi mana-mana ahli keluarga yang bertandang ke rumah.

Panduan ringkas mengubahsuai rumah


"Perabut pilihan dari ikea"
Selamat datang ke lamandeco, terima kasih kerana mengunjungi kami. Untuk tips kali ini saya akan berkongsi bagaimana untuk memilih kombinasi perabut, warna, konsep, dan kaedah yang sesuai dalam menentukan pengubahsuaian. Ikuti panduan ringkas yang disediakan ..



  • Gunakan perabot yang sesuai jenis ringkas, lembut dan ringan amat dicadangkan.
  • Pilih warna yang kontra bagi memberi kelainan pada ruang dan membangkitkan suasana harmoni sepanjang masa.
  • Jika memilih konsep kasual, ia memerlukan susunan hiasan secara mendatar, melintang, panjang dan besar.
  • Gunakan meja makan yang besar di ruang makan selain menambah kabinet hiasan di satu ruang.
  • Anda boleh memilih bahan yang sesuai dengan elemen dekorasi berasaskan rotan dan besi antara cadangan.
  • Jika ada koleksi antik yang sedia ada, ia boleh disusun letak secara kreatif.
  • Jika anda seorang yang suka mengubahsuai barang-barang lama, almari dapur sesuai dijadikan rak buku antik.
  • Almari atau kerusi lama jangan dibuang sebaliknya hias atau cat semua mengikut cita rasa dan konsep penataan.

    Kaedah itu tidak memerlukan bajet yang besar dan anda tidak perlu membeli almari baru untuk menempatkan koleksi lama berkenaan.

    Mungkin hasil yang baru lebih bernilai dan memberikan keindahan seni luar biasa dengan idea tersendiri.
  • Walau apa jua konsep dekorasi pilihan anda, pastikan rutin mengemas sentiasa diberi keutamaan supaya suasana santai kekal tanpa mengira siang atau malam.




  • Semoga sedikit panduan ini berguna untuk anda ..selamat mencuba ya.

    Inspirasi Ruang Tamu Ideal

    Sememangnya idea untuk menjadikan ruang tamu anda tampak lebih kemas dan Ideal memerlukan kombinasi perabut yang sesuai. Susun atur yang kemas memainkan peranan yang penting. tone warna yang sesuai perlu dititik beratkan agar ruang rumah anda tampak elegan dan memberi wajah baru pada ruang tamu.
     
    Panduan 1;Pilihan warna 
    • Warna utama haruslah bergaul mudah dengan perabot dan hardware dalam dekorasi.
    • Pilih beberapa tona warna dari famili yang sama yang dapat bergaul antara satu sama lain.
    • Pastikan warna utama tidak digunakan secara keterlaluan. Perlu ada keseimbangan.

    Hiasan dinding menghias seri rumah anda.

    Selamat datang, kali ini saya akan berkongsi idea bagaimana anda dapat menghias diding rumah.

    Panduan 1. Pilih hiasan yang sesuai
    Gantungkan gambar yang mengembalikan memori indah anda pada setiap dinding. Tanam tumbuhan pada taman dalam rumah anda (atau gunakan bunga tiruan). Apa pun hiasan yang anda pilih, tonjolkan personaliti anda. Kerana inilah caranya tempat tinggal anda berubah menjadi suatu tempat yang dipanggil kediaman.

     Panduan 2. Tips menggantung bingkai gambar
    Sebelum Anda menggantungnya di dinding, ukurlah terlebih dahulu bidang dinding yang akan Anda hias dengan lukisan. Tandai area ini dengan kapur tulis di lantai. Lalu, aturlah lukisan-lukisan Anda pada area itu. Cobalah berulangkali sampai Anda menemukan penataan yang paling cantik dan Anda bisa tersenyum puas.

    Dekorasi dapur idaman



    Mempunyai dapur yang cantik dan menarik sudah menjadi lumrah, namun untuk mendekorasikan dapur idaman memerlukan ketelitian dan idea yang kreatif.  Ini bergantung juga dengan budget si pemilik. Untuk yang mempunyai bajet yang kecil, tak semestinya hasil dekorasinya dapur yang kurang menarik.  Ia sebenarnya bergantung atas kreativiti seseorang untuk menjadikannya menarik.

    Berikut ini adalah idea sederhana, cepat dan sedikit membantu anda mengubah penampilan dapur Anda yang membosankan menjadi dapur yang indah dan unik :

     1.Mengecat diding dapur dengan warna yang nutral akan menjadikan ruang dapur anda terasa besar dan luas. Teknik mengecat yang betul dan pengunaan warna yang sesuai akan membuatkan anda tidak rasa bosan. Selain itu pemilihan warna nutral juga dapat mencerahkan dapur. kalau boleh Optimalkan ruangan dapur anda. Jangan letak barangan / perabut yang berlebihan supaya dapur anda tampak lebih kemas dan teratur.

     2. Saran lain untuk mencerahkan dapur Anda adalah melalui penggunaan cermin untuk memantulkan sinar matahari di ruangan dapur. Letakkan cermin tepat di seberang jendela dapur atau pada dinding yang menyudut pada jendela dapur.

    3. Untuk menambahkan seri dapur anda, cuba letakkan beberapa tanaman pada sudut-sudut kosong di dapur Anda. Kehadiran tanaman tidak hanya melembutkan kesan pada dapur Anda, tapi juga membuat ruangan dapur terlihat selalu segar. Anda dapat menggunakan tanaman sungguhan, atau jika ingin diletakkan di tempat-tempat yang sulit dijangkau, Anda dapat memilih tanaman artifisial sebagai gantinya.

     4. Bagi menyerlahkan ruang dapur anda. Penggunaan karpet bukan sahaja dapat menambah warna dekorasi dapur anda , ia juga dapat menutupi lantai yang usang. Pilihan karpet mestilah tepat dengan ruang dapur anda. Seeloknya ukur dahulu, sebelum anda membeli karpet yang diidamkan.

     5. Tambahkan beberapa aksesori yang sesuai dengan karakter Anda ke dapur. Tempatkan pada tempat strategis. Anda dapat membuat tema unik untuk dapur Anda dengan menggunakan pegangan panci, tempat garam dan merica, handuk piring.

    6. Menampal wallpaper pada dinding dapur merupakan cara lain untuk menambahkan aksen pada dekorasi dapur. Banyak wallpaper dipasaran, boleh dijadikan hiasan untuk dapur anda. ianya sangat mudah dipasang dan dibentuk.

     7. Kebiasaan Kabinet dapur sekarang mempunyai tema atau konsep untuk diketengahkan, pelbagai gaya dan citarasa sememangnya memeningkan. Apa yang penting anda bijak memilih tema yang sesuai dengan citarasa dan mood anda. Untuk rekaan dapur, antara yang popular sekarang ialah melamin, kaca 3G, ‘high gloss’, solid nyatoh dan solid surface. Namun ketahanannya bergantung kepada cara anda menggunakannya.

    sekian untuk edisi minggu ini..