Reka Hias Bilik Mandi Idaman


Penampilan bilik mandi sesebuah kediaman mestilah dititik beratkan agar kelihatan luas dan selesa. Bagi yang ingin mendekorasi ruang mandi@ bilik mandi seharusnya mengambil kira faktor keluasan dan gaya yang diinginkan. Penataan warna yang bersesuaian akan membuatkan bilik kelihatan luas dan selesa. Warna coklat cerah amat bersesuaian kerana warna ini menyuntik elemen natural dan mententeramkan jiwa.

Ruang Penyimpanan Barang


Bagi mengelakkan bilik mandi anda berselerak, ruang penyimpanan barangan diperlukan untuk menyimpan peralatan tandas dan juga barangan penjagaan diri seperti sabun, syampu, ubat gigi dan sebagainya. Kabinet bercermin dilihat agak bersesuaian. Cermin juga menjadikan bilik mandi anda terasa lebih luas.

Jubin Lantai

Pemilihan jubin yang betul juga akan menyerlahkan lagi bilik mandi anda. Seeloknya jubin lebar kerana ia memberi kesan ruangan tampak luas selain mengaplikasikan jubin berjalur melintang.  Ruang bilik air basah amat sesuai mengguna kemasan lantai tahan licin seperti jubin seramik homogenous atau batu marmar berpermukaan kasar dengan pemasangan seharusnya menurun ke arah saluran pembuangan air.

Pengudaraan dan pencahayaan

Bagi memastikan bilik mandi sentias bebas dari kelembapan dan bau, pembinaan tingkap kecil atau jendela disudut yang sesuai boleh membantu mengatasi masalah kelembapan dan bauan yang tidak enak. Disamping itu, pengguanaan cahaya semula jadi diwaktu siang akan  mengurangkan kos elektrik dan membantu mengurangkan kelembapan ruang.