Lazada Home & Living 2014





Assalamualaikum dan bertemu kembali dalam lamandeco. Kali ini lamandeco ingin berkongsi  tips dan panduan bagi anda yang sentiasa sibuk dan tidak mempunyai masa untuk membeli belah bagi keperluan rumah anda. Apa kata anda cuba layari Lazada Home decor bagi keperluan hiasan rumah anda.


Kini Lazada Malaysia mengadakan promosi Home & Living dengan harga yang menarik dan berpatutan sesuai untuk keperluan rumah anda dengan tawaran harga runtuh. Antara barangan yang menarik yang di tawarkan oleh Lazada Online, antaranya:



1. Lazada dish drainer - Harga RM 46 ( Harga Asal RM 99)


2. Lazada shoe rack - Harga RM 48.00 ( Harga Asal RM 75.90)


3. Lazada smart tupperware  - Harga RM 29.00 ( Harga Asal RM99)





5. Lazada wardrobe cubespink - Harga RM 269.90 (Asal RM400 )

Tips dan Panduan Membeli belah secara online

1. Pastikan anda menyenaraikan senarai barangan yang ingin anda beli atau mahu.

2. Tetapkan bajet untuk pembelian barangan yang diinginkan. Jangan beli sekiranya ia melebihi bajet anda.

3. Beli barangan yang penting dan berguna sahaja.

4. Pastikan anda membuat pilihan barangan dengan membaca info/maklumat yang diberikan seperti Harga, kegunaan, brand, warna dan sebagainya.

5. Bandingkan harga dengan barangan yang sama jenis..buatlah pilihan yang tepat.


Selamat membeli belah online..





Hiasan Dalaman Apartment Moden


Assalamualaikum dan bertemu kembali dalam lamandeco, kali ini lamandeco ingin menampilkan beberapa idea dan gambar sekitar dekorasi apartment yang menarik. Dekorasi apartment kadangkala mendatangkan masalah sekiranya tidak dirancang dengan teliti. Pemilihan perabot yang tidak sesuai akan menjadikan sesebuah apartment itu kelihatan sempit dan suram.











Pemilihan Warna Yang Sesuai Membantu Menyerlahkan Ruang!


Cat adalah salah satu cara yang paling mudah untuk mengubah rumah anda. Cat adalah alat menghias yang mempunyai impak yang besar untuk keseluruhan rumah, sama ada anda mengecat dinding rumah, perabot, kabinet dapur, atau aksesori yang lain.


Memilih warna yang tepat adalah langkah pertama dalam mana-mana dekorasi yang ingin anda lakukan. Pemilihan warna cat akan berbeza-beza dan bergantung kepada mood anda inginkan. Setiap warna mempunyai elemen yang tersendiri dan memberi mood yang berbeza-beza. Warna cerah dan lembut seperti warna kuning, biru, ungu dan putih akan memberikan suasana yang segar,nyaman dan luas.



Sekiranya anda membeli sofa, perabot, langsir dan sebagainya. Cat merupakan antara yang paling penting untuk mengharmonikan ruang tersebut. Pemilihan perabot yang tidak selari dengan warna tidak sesuai atau carca marba akan mencacatkan keseluruhan ruang. 


Idea Dekorasi Bilik Tidur Sempit


Bilik tidur yang sempit bukanlah alasan untuk anda tidak kreatif Dan tidak melakukan dekorasi, sebaliknya ianya akan menjadikan kita sentiasa mencari idea untuk melakukan sesuatu perubahan dan pengubahsuaian.


Bagi bilik sempit, tips yang berguna yang perlu anda titik beratkan ialah penggunaan ruang yang optimum. Gunakan ruang yang sedia ada dengan membuat sedikit pengubahsuaian yang tidak keterlaluan. 

Penggunaan kabinet yang multipurpose dan berwarna cerah seperti cream dan putih atau warna kayu yang cerah akan dapat menjimatkan dan memberi impak yang luas kepada ruang. Di samping itu, penggunaan lantai kayu akan menyuntik mood yang segar dan luas bagi sesebuah bilik atau ruang.


Tips ke-2 yang tidak kurang juga pentingnya ialah pencahayaan di dalam bilik. Gunakan secara maksimum cahaya semulajadi  untuk menerangi bilik anda dan cuba elakkan perabot yang menghalang terus cahaya tersebut. Seeloknya anda gunakan blinds atau sheeer berbanding langsir.

Sekiranya bilik tersebut tidak mempunyai tingkap yang besar atau gelap lantaran cahaya lampu siling tidak cukup untuk menerangi secukupnya bilik tidur. Anda perlu tambahkan lampu meja atau lantai.

Tips seterusnya ialah gunakan warna-warna pastel bagi memberi suntikan baru bagi bilik tidur anda agar tampak kelainan dan memberi nafas baru. Warna pastel merupakan warna yang bersifat lembut, pucat, dan cair dengan tidak keterlaluan strick pada warna..seperti warna hijau + putih akan jadi warna pastel yang lembut.