Idea Dekorasi Bilik Tidur Sempit


Bilik tidur yang sempit bukanlah alasan untuk anda tidak kreatif Dan tidak melakukan dekorasi, sebaliknya ianya akan menjadikan kita sentiasa mencari idea untuk melakukan sesuatu perubahan dan pengubahsuaian.


Bagi bilik sempit, tips yang berguna yang perlu anda titik beratkan ialah penggunaan ruang yang optimum. Gunakan ruang yang sedia ada dengan membuat sedikit pengubahsuaian yang tidak keterlaluan. 

Penggunaan kabinet yang multipurpose dan berwarna cerah seperti cream dan putih atau warna kayu yang cerah akan dapat menjimatkan dan memberi impak yang luas kepada ruang. Di samping itu, penggunaan lantai kayu akan menyuntik mood yang segar dan luas bagi sesebuah bilik atau ruang.


Tips ke-2 yang tidak kurang juga pentingnya ialah pencahayaan di dalam bilik. Gunakan secara maksimum cahaya semulajadi  untuk menerangi bilik anda dan cuba elakkan perabot yang menghalang terus cahaya tersebut. Seeloknya anda gunakan blinds atau sheeer berbanding langsir.

Sekiranya bilik tersebut tidak mempunyai tingkap yang besar atau gelap lantaran cahaya lampu siling tidak cukup untuk menerangi secukupnya bilik tidur. Anda perlu tambahkan lampu meja atau lantai.

Tips seterusnya ialah gunakan warna-warna pastel bagi memberi suntikan baru bagi bilik tidur anda agar tampak kelainan dan memberi nafas baru. Warna pastel merupakan warna yang bersifat lembut, pucat, dan cair dengan tidak keterlaluan strick pada warna..seperti warna hijau + putih akan jadi warna pastel yang lembut.