Pemilihan Warna Yang Sesuai Membantu Menyerlahkan Ruang!


Cat adalah salah satu cara yang paling mudah untuk mengubah rumah anda. Cat adalah alat menghias yang mempunyai impak yang besar untuk keseluruhan rumah, sama ada anda mengecat dinding rumah, perabot, kabinet dapur, atau aksesori yang lain.


Memilih warna yang tepat adalah langkah pertama dalam mana-mana dekorasi yang ingin anda lakukan. Pemilihan warna cat akan berbeza-beza dan bergantung kepada mood anda inginkan. Setiap warna mempunyai elemen yang tersendiri dan memberi mood yang berbeza-beza. Warna cerah dan lembut seperti warna kuning, biru, ungu dan putih akan memberikan suasana yang segar,nyaman dan luas.



Sekiranya anda membeli sofa, perabot, langsir dan sebagainya. Cat merupakan antara yang paling penting untuk mengharmonikan ruang tersebut. Pemilihan perabot yang tidak selari dengan warna tidak sesuai atau carca marba akan mencacatkan keseluruhan ruang.