Tip Hias Rumah Menarik


Memiliki rumah idaman yang sempurna menjadi pendorong untuk kita bekerja dan menghabiskan masa menghias atau mendekorasi sesuatu ruang @ laman supaya mengikuti citarasa yang diingini. Namun anda harus berjaga-jaga dan berwaspada ..takut nanti menyesal di kemudian hari.

Untuk kali ini, saya ingin berkongsi tip yang perlu anda ikuti dan hindari supaya tidak tersalah langkah..bak kata pepatah "fikir dulu sebelum menyesal". Di sini saya kongsikan 6 tip untuk kita sama-sama ikuti;

Tip 1; Sebelum anda membeli sesuatu barangan bagi tujuan dekorasi dan sebagainya..yang paling penting ialah "fikirkan konsep yang diinginkan terlebih dahulu" supaya tidak terbeli barangan yang tidak penting. 

Tip 2; Dalam memilih sesuatu barangan, pastikan anda pilih yang sesuai dan menarik untuk rumah anda terutama di ruang tamu. Kalau boleh cuba survey barangan yang unik/ lain dari yang lain. Saya suka berkunjung ke pameran perabut, ikea, indexlivingmall dan sebagainya untuk mendapatkan idea.

Tip 3; Jangan biarkan rumah/ruang rumah anda terlalu sesak dan padat dengan barangan perabut, begitu juga dengan cat ! jangan bercelaru, sila rujuk panduan tentang cat di artikel sebelum ini atau rujuk pakar.

Tip 4; Sekiranya anda, memilih untuk menggunakkan wallpaper, pilihlah yang terbaik - yang ni kena keluarkan kos sikit, walaubagaimanapun yang murah tak semestinya tidak elok. Bagi saya wallpaper yang tidak sarat dengan corak / warna lembut sesuai untuk rumah yang sederhana. Pastikan corak atau warna wallpaper sesuai dengan langsir atau perabut rumah anda.

Tip 5; Wujudkan ruangan membaca dengan menyediakan rak-rak buku. Pilihlah rak buku yang ringkas dengan buku-buku yang pelbagai bagi menimbulkan minat anak-anak membaca bukan sekadar menghiasi rak-rak dengan pinggan mangkuk. Rak buku yang unik seperti di bawah dapat menimbulkan aura di rumah anda.


Tip 6; Hiasan dalaman mungkin tidak lengkap sekiranya tidak ada sudut atau ruang untuk kita serlahkan kreativiti, ini bukan bermaksud anda perlu melukis..cuma jadikan satu sudut diruang rumah anda sebagai pusat perhatian. Kebiasaan sudut sebegini dihiasi dengan bunga-bungaan, pasu-pasu berjenama, alat-alat muzik, dan mungkin ada yang suka hiasi dengan lukisan, corak dan sebagainya.

Lampu Hiasan Menarik Untuk Dekorasi Laman Rumah Anda

Bagi anda yang sudah mempunyai laman yang cantik pastinya akan lebih teruja dengan memiliki Aksesori tambahan bagi menyerlahkan lagi taman anda di waktu malam.. seolah-olah berada di ICT Shah Alam..

Lampu hiasan sebegini amat menarik perhatian terutamanya kanak-kanak dan juga tetamu yang berkunjung ke rumah anda. Lampu hiasan ini dapat membantu menyerlahkan suasa malam dengan pencahayaan yang menarik. Di sini saya ingin senaraikan beberapa jenis lampu untuk anda miliki dengan harga yang berpatutan dan mesra alam kerana pengunaan jimat elektrik dan solar.

Aksesori lampu hiasan ini boleh didapati secara online di Lazada Malaysia.


Antara yang menarik perhatian saya ialah lampu led ini yang dijanakan oleh solar dan kalis air dengan harga yang tidak sampai RM60 , amat berbaloi untuk dimiliki. Lampu ini didatangkan dengan pelbagai warna seperti Warm White/Pure White/Blue/Multicolor/Green/Red/Purple/Pink. Layari https://goo.gl/tzDPku untuk maklumat lanjut tentang lampu tersebut.

Selain daripada lampu led, saya juga amat tertarik dengan botol bercahaya yang berwarna warni ini.


Apa yang menarik tentang lampu botol ini ialah ianya mudah dipasang, cuma gantungkan dipokok, beranda, pagar rumah atau boleh sahaja disangkut di mana-mana ruang yang diinginkan. Botol lampu ini tidak perlu kepada pendawaian kerana iannya menggunakan solar dan mudah di on/offkan. Harga yang ditawarkan ialah RM83.50, layari https://goo.gl/E3fxlU untuk info lanjut mengenainya.


Di atas merupakan lampu solar yang akan terpasang secara auto apabila malam, juga mengunakan solar. Di datangkan dengan 8 lampu led dan ianya mudah dipasang. Harganya juga mampu dimiliki. Untuk maklumat terperinci sila layari https://goo.gl/COclRT





Ruang Santai Balkoni Moden



Menikmati udara segar dan nyaman di balkoni antara fungsi utama selain ianya menjadi tempat bersantai dan beristirehat sambil minum petang. Selain itu, balkoni juga dilihat sebagai tempat untuk  berkarya, berkebun dan bersenam. 



Penggunaan perabut yang ringkas dan bersesuaian perlu bagi memastikan ianya tidak menggunakan banyak ruang. Ruang yang sarat dengan perabut akan mencacatkan pemandangan dan keterbatasan aktiviti.



Susun atur perabut seperti sofa / kerusi kayu ringkas dengan meja kecil disamping hiasan bunga-bungaan akan menampakkan kekemasan dan keharmonian rumah itu sendiri. Namun begitu , penggunaan perabut sebegini tidak digalakkan sekiranya ada anak kecil ..takut nanti terjatuh.


Gazebo pelengkap laman rumah


Sudah menjadi impian pemilik kediaman untuk memiliki sebuah laman yang menarik lengkap dengan tempat istirahat atau sebuah pondok kecil untuk menghilangkan stress dan penat seharian bekerja. Gazebo atau pondok begitu sinonim dengan masyarakat kita yang sukakan tempat untuk bersantai bersama keluarga di luar rumah.


Walaubagaimanapun untuk menghasilkan sesebuah Gazebo bukannya murah, ianya mencecah ribuan ringgit bergantung kepada jenis kayu yang digunakan. Penggunaan kayu seperti Cengal, balau, dan merbau sering menjadi pilihan pengguna kerana ketahanannya, namun harganya boleh tahan juga!.
Bagi saya kayu Cengal menjadi pilihan kerana ketahanannya dari serangan anai-anai, hujan panas dan jangka hayat mececah 30 tahun bergantung kepada penjagaannya.


Gazebo juga mempunyai pelbagai jenis dan bentuk..ada yang berbentuk segi empat, segi lima dan segi enam. Pemilihan tema gazebo seperti klasik, modern, urban, minimalis mahupun country mempengaruhi jenis dan penggunaan bahan.



Idea membina batu pemijak atau stepping stone di laman rumah


Persekitaran rumah tampak lebih elegan dan kemas dengan adanya tapak pejalan kaki atau lebih dikenali sebagai batu pemijak/stepping stone (bahasa orang putih). Kebanyakan rumah yang mempunyai laman yang sempit akan tampak lebih menyerlah dengan binaan tapak gajah atau stepping stone. Idea kreatif dan segar dalam susun atur batu pemijak akan menjadikan persekitaran rumah lebih menarik terutamanya dengan menghasilkan batu pemijak buatan sendiri.


Tampak mudah! namun ianya memerlukan kreativiti dan kesabaran yang tinggi. Bagi anda yang berminat untuk menghasilkan sendiri foot stone sebegini, anda hanya perlu menggunakan bancuhan simen, bekas yang sesuai dan sedikit hiasan seperti manik, guli, ceramik, kaca, daun-daunan dan sebagainya.


1. Stepping stone "Corak Tangan"


2. Stepping stone "Corak Pokok"


3. Stepping stone "Corak Daun"


4. Stepping stone "Kulit Cengkerang"


5. Ini pula Pabble Stone beraneka warna

Bayangkan betapa gembiranya hati sekiranya anda sendiri yang menghasilkan batu pemijak ini. Pastinya menjimatkan kos dan seterusnya menjanjikan kepuasan..