Tips Ringkas Dekorasi di Hari Raya


Menjelang beberapa hari lagi umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri, sudah tentu ramai yang sudah menyiapkan rumah dengan pelbagai hiasan dan perabut baru bagi menyambut tetamu yang berkunjung. Ada yang menghabiskan beribu-ribu ringgit bagi menghias rumah mereka agar tampak menarik dan elegen, namun bagi yang tidak mempunyai bajet yang lebih..cukup sekadar membuat sedikit perubahan kepada dekorasi rumah kita untuk menampakkan kelainan. Kalau boleh fokoskan  untuk ruang tamu dan ruang makan terlebih dahulu. Dua ruang ini adalah yang paling penting bagi menyambut tetamu dan menyediakan juadah hari raya. Antara yang boleh saya kongsikan di sini ialah;


1. Susun atur semula perabut di rumah kita agar nampak lebih ceria dan menarik. Barangan yang tidak perlu- simpan terlebih dahulu di dalam stor. elakkan letakkan terlalu banyak perabut, kerana ini akan mencacatkan pemandangan dan menyempitkan ruang. Bagi barangan untuk display kat rak..utama yang kecil dihadapan, manakala yang besar dibelakang.


2. Kebiasaan bagi yang biasa menghias rumah, langsir memainkan peranan yang amat penting dalam menghidupkan suasana hari raya..langsir yang baru memberi mood hari raya bagi pemilik kediaman dan juga tetamu yang datang berkunjung. Langsir juga memainkan peranan sebagaimana wallpaper. Jika kediaman sudah ada wallpaper bercorak abstrak bewarna kuning coklat, pilih langsir bercorak ringkas atau warna polos. Ini untuk menampakkan keseimbangan pada ruang dan warna.