Bagaimana Jadikan Dapur Anda Kelihatan Menarik dan Kemas?


Dapur merupakan elemen yang amat penting dalam sesebuah rumah. Ini kerana dapur menjadi tempat di mana pemilik akan menghabiskan banyak masa untuk menyediakan juadah masakan di sini dan bagi sesetengah rumah moden..dapur merupakan ruang yang terletak dibahagian paling depan. Memahami situasi ini, Lamandeco ingin kongsikan 5  idea ringkas susun atur dapur anda supaya kelihatan kemas dan teratur. 

1. Susun perkakasan dapur anda mengikut aturan yang betul.
Pastikan anda tidak meletakkan perkakasan dapur berselerakan dan bertaburan dimerata tempat. Kalau boleh anda letakkan di dalam rak yang khas atau partition. Perkakasan yang selalu digunakan mestilah diletakkan dibahagian luar..sebagai contoh pinggan mangkuk, senduk, sudu, rempah ratus dan sebagainya. Alatan yang tajam seperti pisau mestilah diletakkan ditempat yang selamat ..

2. Sangkut bekas kecil atau anda boleh memasang hook pada pintu kabinet. 
Ruangan ini tidak harus dibazirkan bukan. Bolehlah anda meletakkan barangan dapur yang kecil-kecil dalam bekas tersebut  dan menggantungkan peralatan yang sesuai di hook yang dipasang ( pastikan hook tersebut dipasang betul-betul kukuh ya) .Selain memanfaatkan ruangan ini, dapur juga tidak nampak berserabut kerana barangan ‘tersembunyi’  dan tidak dapat dilihat dari luar.



3. Labelkan barangan  seperti rempah ratus, serbuk minuman, tepung dan sebagainya dalam bekas.
Dengan melebelkan barangan ini akan memudahkan anda untuk memasak dan nampak lebih kemas apabila diletakan di dalam storage. Balang kaca yang jernih menjadi pilihan pengguna kerana fungsinya sebagai salah satu hiasan yang menarik di dapur selain bungaan.



4. Bagi dapur yang sempit, manfaatkan ruang yang ada dengan semaksimum mungkin untuk memastikan perkakasan dapur dapat disimpan dengan baik dan teratur. Bagi dapur yang sempit, anda disarankan menggunakan kabinet atas atau rak bertingkat untuk mengisi barangan dapur seperti periuk, kuali, alatan memasak, dan sebagainya. 

5. Akhir sekali, saya sarankan supaya anda tidak menyaratkan dapur anda dengan perkakasan yang besar dan seperti meja makan bersaiz XXL, Mesin basuh, pasu bunga dan sebagainya. Gunakan warna yang terang bagi dinding dapur anda bagi mewujudkan mood yang segar dan memberi impak kepada dapur agar tampak lebih luas.