Bergaya dengan Langsir baru Sempena Aidilfitri


Langsir merupakan elemen yang amat penting dalam memberi mood segar dan menyuntik suasana hari Raya yang bakal menjelang tiba. Bagi mereka yang sibuk dan tidak berkesempatan untuk menjahit langsir baru. Kini, terdapat pelbagai aneka corak fabrik dan gaya langsir yang boleh anda dapati antara di Gedung-gedung terkemuka seperti Coulisse Netherlands BV, Laurea, SSF Home décor, Elyza’s, Home’s Harmony, ikea dan banyak lagi.

Disamping banyak pilihan langsir yang ditawarkan anda juga boleh mendapatkan khidmat nasihat untuk mengayakan langsir mengikut ruang pilihan anda. Pemilihan fabrik yang bermutu tinggi dan padanan corak yang menarik akan menyerlahkan lagi keanggunan ruang dan menyerikan lagi suasana Hari Lebaran kali ini.

Pemilihan dan Pengayaan tirai mengikut tema seperti Klasik, Kontemporari, Kedesaan dan Moden perlu disesuaikan dengan ruang rumah anda dengan mengambil kira keluasan, ketinggian dan mood anda agar pilihan yang dibuat adalah tepat dan bersesuaian. Gaya moden dilihat menjadi trend masa kini kerana gaya ini amat ringkas, warna yang lembut dan kebiasaan coraknya tidak sarat, menjadikan sesuatu ruang itu kelihatan lebih sempurna dan tidak serabut.