English Home Decor atau Dekorasi Gaya Inggeris


Dekorasi gaya Inggeris kian Popular di Malaysia dan amat diminati kerana hiasan corak bunga yang lembut dan tenang. Konsep yang diketengahkan dalam English Home decor ialah klasik dan moden dengan corak yang bungaan khususnya ros merah yang mewarnai setiap sudut ruang dari perabut hinggalah ke pinggan mangkuk.


Sementara itu Gaya Inggeris banyak membawa imej yang lembut, segar dan tenang dengan ilusi putih atau merah jambu yang menampakkan style keinggerisan. Hiasan bingkai gambar, rak, jam antik dan barangan perhiasan seperti pinggan dan cawan yang bermotifkan bunga-bungaan tersusun indah di sudut ruang, menjadikan pelengkap kepada konsep ini.
Di satu sudut di atas meja, dihiasi dengan bunga dan pinggan mangkuk yang tersusun elok. dengan padanan perabut  rona putih dan krim menjadikan ia kelihatan menarik apabila diserlahkan bersama aksesori hiasan terpilih. Bagi anda yang menyukai gaya ini, jangan takut untuk mencuba mendekorasi sendiri rumah anda. 

RAHSIA HIAS RUMAH RUANG SEMPIT



Kali ini saya akan berkongsi beberapa panduan bagaimana menghias rumah yang mempunyai ruang yang sempit. Panduan ini boleh diguna pakai bagi mereka yang tinggal di Flat, Apartment, mahupun rumah teres. 

5 RAHSIA HIAS RUMAH SEMPIT

1. Tentukan tema dekorasi berpandukan warna, corak dan motif yang membantu memberikan kesan bagi ruang seperti warna yang lembut, cerah dan corak yang meninggi ke siling.

2. Gunakan beberapa jenis lampu dan cermin di bahagian dinding bagi menampakkan efek ruang yang lebih luas. Sebagai contoh anda boleh gantungkan cermin yang besar dengan pencahayaan penuh. Ini memberi ilusi pantulan dan kesan pencahayaan akan menampakkan ruang lebih luas.

3. Penyusun perabot juga memainkan peranan yang penting. Seeloknya kenal pasti apakah fungsi ruang  dan susun perabut mengikut fungsi ruang tersebut agar nampak praktikal dan sesuai. Pastikan juga ada ruang untuk anda bergerak dan aktiviti lain seperti ruang untuk anak-anak anda bermain. Beli perabut yang padan dengan saiz ruang rumah. 

4. Pamerkan, perhiasan dan aksesori yang bersesuaian sahaja. Sebagai contoh frame gambar, bunga hiasan dan sebagainya. Jangan letak terlalu banyak aksesori dan perhiasan, kerana ia akan membuatkan ruang menjadi sesak dan sempit.

5. Gatungkan langsir yang tinggi dari siling ke lantai bagi menampakkan kesan yang luas dan menampakkan ketinggian siling. Bagi menjadikan ianya lebih menarik, seeloknya gunakan fabrik yang lembut dan beralun.


DEKORASI RUANG TAMU; PENCAHAYAAN LAMPU BANGKITKAN SUASANA




Fungsi pencahayaan amat penting dan mesti dititik beratkan.  Penataan cahaya  yang betul akan memberikan kesan kepada seluruh ruang. Di sini saya kongsikan bagaimana untuk menghasilkan efek lampu yang menarik dan efektif bagi ruang tamu.



1. Pasang lampu down  light yang berjajar rapi dan simetri di permukaan luaran platform kemasan siling kapur.

2. Pasang hidden lamp neon di bahagian dalam drop ceilling. Anda boleh juga pasang pada belakang almari atau meja sisi.

3. Gandingkan down light atau hidden lamp dengan lampu pendant atau candelier

4. Gunakan lampu pancar tepat untuk menerangi lukisan atau bingkai foto pada dinding.

5. Untuk fokus utama, titik lampu down light disasarkan pada meja sisi di kiri dan kanan sofa utama.

5 Dekorasi Dinding Menarik 2013


Dinding di ruang tamu anda adalah tempat di mana anda boleh meluahkan artistik diri anda dan ruang yang membolehkan anda menghiasi ruang tamu mengikut gaya anda sendiri. Sekiranya anda mahu mempunyai ruang tamu yang mempunyai seni hiasan dinding seni yang unik dan kontemporari, di sini saya tampilkan 5 dekorasi dinding yang menarik.

1. Dekorasi dinding Photo Keluarga


Gabungan bingkai gambar kenangan Keluarga yang mempunyai sentimental value dengan gabungan bingkai gambar yang pelbagai saiz, menjadikan ruang tamu rumah anda lebih menarik dan kreatif.

2. Dekorasi dinding dengan Arca besi yang menarik dan kontemporari.


Bagi yang sukakan pembaharuan, jangan takut untuk mencuba sesuatu yang baru bagi menata hias ruang tamu dengan idea yang baru , kreatif dan unik  seperti yang boleh anda lihat.

3. Dekorasi dinding dengan Pelekat dinding dengan pelbagai corak yang menarik.


Bagi yang gemarkan hiasan yang bercorak bunga atau seni yang pelbagai..pelekat dinding amat sesuai dijadikan dekorasi dinding ruang tamu anda.

4.Dekorasi Rak dinding Kontemporari


5. Dekorasi Arca dinding 








TIPS DEKORASI BILIK BACAAN UNTUK ANAK


Mewujudkan ruang atau sudut bacaan dalam bilik tidur anak amat digalakkan agar mereka dapat memenuhi masa terluang dengan perkara yang berfaedah, terutama sekali di musim cuti sekolah.
Bagi memastikan suasana di ruang tidur anak anda tampil lebih menarik, seeloknya rak buku disusun dan di letekkan disudut yang betul dengan deretan buku atau majalah membuatkan ia kelihatan kemas. 
Selain itu, susun atur buku atau majalah yang digemari oleh anak anda..agar mereka minat untuk membaca dan menelaah matapelajaran.

Pada rak buku itu, anda tidak perlu terikat-ikat dengan kebiasaan iaitu memenuhkan setiap inci ruangnya dengan deretan buku atau majalah. Sebaliknya cuba kelainan dengan meletakkan beberapa aksesori hiasan ringkas secara kreatif kedudukannya. 

5 IDEA MENARIK; Ubah Bilik Tidur Anda


Assalamualaikum, selamat datang ke lamandeco. Kali ini saya akan berkongsi 5 Tips, bagaimana anda boleh mengubah dan menghias bilik tidur anda agar lebih menarik, segar dan santai. Mungkin ada yang berpendapat bilik tidur tidak perlu dihias cantik seperti di ruang tamu atau ruang makan kerana jarang-jarang dilihat oleh tetamu yang datang berkunjung. Namun sebenarnya pendapat ini adalah salah kerana Bayangkan jika ada tetamu yang datang untuk ke tandas ataupun nak menyusu baby, pasti bilik tidur anda akan menjadi tempatnya. Berikut 5 idea yang ingin saya kongsikan bersama;

1. Pemilihan Warna

Memilih warna yang betul untuk bilik tidur anda adalah langkah pertama untuk mewujudkan suasana yang lebih santai. Biru antara warna yang baik untuk bilik tidur, di samping warna-warna lain seperti ungu,  biru gelap, kelabu, dan coklat.


2. Pemilihan Lampu

Padanan lampu yang sesuai amat penting untuk mewujudkan suasana di dalam bilik tidur yang damai. 



3. Pilih Cadar yang sesuai



Bagi menambah seri bilik tidur anda, dicadangkan supaya menggunakan cadar yang padan dengan warna bilik anda. Pilihan cadar yang sesuai amat penting dalam menghidupkan suasana bilik tidur. 

4. Permaidani / karpet
Permaidani juga berperanan dalam menyerikan sesuatu ruang. Bagi bilik tidur , seeloknya pilih permaidani yang berukuran kecil. Anda perlu bijak meletakkan permaidani di tempat yang betul agar ia menjadi titik tumpu dan memberi kesan pada keseluruhan suasana bilik tidur. Pilih corak dan tekstur yang sesuai dengan gaya bilik tidur.
5. Wangian atau hiasan
Wujudkan bilik tidur yang harmoni dan tenang dengan meletakkan haruman atau pokok hiasan seperti lavender atau lain-lain pokok hiasan yang sesuai.





Tips dan Panduan dekorasi Apartment


Assalamualaikum, kali ini saya akan membincangkan mengenai tips menghias kediaman jenis apartment atau kondo, seperti yang sedia maklum menghias dan mendekorasi apartment sememang memerlukan kreativiti dan sentuhan tersendiri supaya ruang tampil lebih eksklusif.

Tips dan Panduan

Pertama; anda perlu memberi perhatian kepada keseimbangan dan keharmonian, dalam erti kata lain Perabot, aksesori hiasan, dan kemasan perlu seiring dengan dekorasi. Cuba lihat hiasan dan kemasan ruang apartment sepertimana gambar di bawah, melihatkan kreativiti pemilik, Namun tidak semestinya padanan warna dan hiasan perabut tak semestinya 100% sama..

Kedua; Bagi ruang tamu, seeloknya pilihlah warna dinding yang terang bagi menampakkan keluasan sesuatu ruang. Padankan warna dinding ruang tamu dengan bantal hiasan pada sofa atau hamparan (karpet ) pilih warna yang matching.


tidak semestinya perabot atau aksesori hiasan dalaman yang mahal, anda seharusnya bijak dalam membuat pilihan. (jangan membazir). Bagi yang mementingkan gaya dan kualiti , semestinya yang mahal menjadi pilihan.

ketiga; sesuaikan ukuran perabot dengan bilik. Jika bilik anda kecil, anda perlukan perabot bersaiz kecil juga. Gantung lukisan atau karya seni bersaiz besar untuk mencipta ilusi sebuah bilik yang luas. sewajarnya ketika menghias ruang itu.

Reka Hias Bilik Mandi Idaman


Penampilan bilik mandi sesebuah kediaman mestilah dititik beratkan agar kelihatan luas dan selesa. Bagi yang ingin mendekorasi ruang mandi@ bilik mandi seharusnya mengambil kira faktor keluasan dan gaya yang diinginkan. Penataan warna yang bersesuaian akan membuatkan bilik kelihatan luas dan selesa. Warna coklat cerah amat bersesuaian kerana warna ini menyuntik elemen natural dan mententeramkan jiwa.

Ruang Penyimpanan Barang


Bagi mengelakkan bilik mandi anda berselerak, ruang penyimpanan barangan diperlukan untuk menyimpan peralatan tandas dan juga barangan penjagaan diri seperti sabun, syampu, ubat gigi dan sebagainya. Kabinet bercermin dilihat agak bersesuaian. Cermin juga menjadikan bilik mandi anda terasa lebih luas.

Jubin Lantai

Pemilihan jubin yang betul juga akan menyerlahkan lagi bilik mandi anda. Seeloknya jubin lebar kerana ia memberi kesan ruangan tampak luas selain mengaplikasikan jubin berjalur melintang.  Ruang bilik air basah amat sesuai mengguna kemasan lantai tahan licin seperti jubin seramik homogenous atau batu marmar berpermukaan kasar dengan pemasangan seharusnya menurun ke arah saluran pembuangan air.

Pengudaraan dan pencahayaan

Bagi memastikan bilik mandi sentias bebas dari kelembapan dan bau, pembinaan tingkap kecil atau jendela disudut yang sesuai boleh membantu mengatasi masalah kelembapan dan bauan yang tidak enak. Disamping itu, pengguanaan cahaya semula jadi diwaktu siang akan  mengurangkan kos elektrik dan membantu mengurangkan kelembapan ruang. 



Hiasan Dalaman Bermotifkan Kepelbagaian Warna @ IKEA


Hiasan dalaman di IKEA melihatkan kretiviti pereka dalam mengolah kepelbagaian warna dalam sesuatu dekorasi adalah berasas. Kombinasi pelbagai warna nampak menarik sekiranya disusun dan diadun dengan kemas. Pilihan warna yang tepat dapat menarik perhatian terutamanya kanak-kanak.


Pemilihan warna yang terang dapat menimbulkan perasaan ceria dan riang. Disamping itu, penggunaan warna terang akan menyerlahkan lagi ruang rumah dan ruang yang terhad akan tampak lebih luas.


Namun begitu, anda seharusnya bijak dalam memilih padanan warna agar ruang nampak lebih cantik dan menawan. Anda boleh lihat sendiri bagaimana susun atur perabut, pilihan warna dan kesesuaian dengan warna dinding bilik @ ruang  akan memberi satu nafas baru.


Namun begitu pengguaan kepelbagaian warna haruslah dirancang terlebih dahulu sebelum anda merealisasikan untuk kediaman anda. 


Akhir sekali, susunan perabut yang teratur dan kemas akan menyerlahkan lagi ruang. jangan biarkan ruang bersepah dengan benda-benda yang tidak perlu, ini akan menyakitkan mata memandang.





Tips dan Panduan Dekorasi Ruang Makan Ideal


Antara ruang yang seharusnya diberikan perhatian dalam dekorasi sesebuah rumah idaman ialah Ruang Makan, Ruang makan merupakan antara ruang penting dalam sesebuah kediaman. Oleh itu penataan ruang ini semestinya diberi sentuhan yang tersendiri, kreatif dan ideal bagi membangkitkan suasana yang tenang dan harmoni ketika menikmati hidangan bersama keluarga dan teman.

Sebelum anda membuat pengubahsuai ruang makan, anda seharusnya mengambil kira keluasan rumah anda dalam menentukan pemilihan perabut, susun atur kerusi meja dan tidak kurang pentingnya iaitu pemilihan warna dan aksesori ruang makan anda. 


Pemilihan Meja Makan


Dalam menentukan meja makan yang sesuai, anda perlu menyesuaikan dengan ukuran dan tema rumah anda samaada Konsep Minimalis, Klasik, Kontemporari, Unik, Inggeris, dan sebagainya. Sekiranya rumah anda mempunyai ruang yang agak luas, anda boleh memikirkan untuk membeli meja makan bersaiz besar.


Tips: Sebelum membeli, pastikan keluasan ruang adalah bersesuaian. Meja makan kecil untuk ruang terhad dan begitulah sebaliknya. 


Pemilihan Warna dan Gaya Meja Makan
Apabila anda ingin menggantikan set meja makan yang ada, pastikan padanan gaya dan warna dengan perabot lain adalah selari. Selain itu, aspek yang penting adalah memastikan ia berkualiti biar pun terpaksa mengeluarkan sedikit belanja. 

IKEA 2014 Katalog - Muat turun hari ini !


Ikea 2014 kini kembali dengan imej baru yang lebih menarik dan lebih banyak inspirasi untuk anda bagi mengubah suai kediaman. Katalog ikea 2014 memberi panduan bagi yang gemarkan sentuhan dan citarasa terkini dan moden. Untuk dowload sila klik pautan IKEA2014.

Ikea 2014 menampilkan banyak idea dan inspirasi untuk anda mengubah suai rumah anda, dengan perabut dan items yang terkini. Harga yang ditawarkan mengikut jenis barang..ada yang murah, sedang dan ada juga yang mahal. Pilihan di tangan anda!






Panduan Landskap Laman Rumah Menarik


Bagi menghasilkan Landskap rumah yang menarik dan praktikal, anda perlu terlebih dahulu memahami apa itu Landskap?.  Bidang landskap merupakan sains dan seni mengubahsuai kawasan dengan menyusunatur sesuatu yang semulajadi termasuk penanaman atau pembinaan elemen-elemen secara terancang dalam suatu plan komprehensif. Tidak hairanlah sekiranya kita melihat sesuatu landskap itu mengabung jalinkan elemen-elemen yang terdapat di muka bumi untuk membentuk laman yang menarik.

Sekiranya anda ingin membina landskap untuk rumah anda, di sini saya kongsikan beberapa tips dan panduan untuk anda membina laman rumah yang menarik dan harmoni.

1. Pastikan konsep landskap pilihan anda itu selari dengan rekabentuk rumah dan corak hiasan dalaman rumah anda bagi mencetuskan perasaan serta pandangan yang harmoni. Sekiranya anda ingin menanam gugusan pokok atau tanaman hiasan pastikan anda menyusunnya mengikut ketinggian..pokok tinggi kat belakang manakala yang renek di depan. Sekiranya ia berbunga nanti, anda akan melihat hasilnya.  

2. Pastikan pokok yang ingin anda tanam, mudah dijaga dan tidak mendatangkan banyak masalah. Antara pokok hiasan yang dicadangkan ialah; 

  •  Moth Orchids (Phalaenopsis) 

Bunga orkid ini memberi sentuhan yang menarik dan menawan setiap mata yang melihatnya, Nama saintifiknya phalaenopsis atau moth orchids. Ia mempunyai warna yang menarik  seperti merah jambu, kuning, lavender dan putih. Ia bukan sahaja cantik, malah senang untuk dijaga, dan bunga mekarnya boleh bertahan sehingga 3 hingga 6 bulan.


  • Dracaena reflexa
Pokok dracaena merupakan sejenis pokok hiasan rumah yang sangat digemari kerana pokok jenis ini tahan lama dan boleh hidup di tempat yang rendah cahaya dan ia mudah dijaga. Terdapat pelbagai jenis pokok dracaena, dari pokok bersaiz kecil dan kompak ke pokok jenis berbuluh yang boleh mencapai ketinggian 10 kaki!



  • Snake Plant
Snake plant ataupun nama lain 'lidah buaya' 'lidah jin' antara pokok yang sesuai dijadikan dekor dengan daunnya yang tinggi dan menonjol, Ia biasa ditaman  di sekeliling rumah..untuk dijadikan sebagai border @ bingkai . Sementara kebanyakan pokok mengambil oksigen di waktu malam, ia melepaskan oksigen. Pokok ini sesuai juga diletakkan di dalam bilik tidur anda untuk meningkatkan kualiti udara semasa anda tidur.

  • Peace Lily
Pokok Peace Lily sangat sesuai dijadikan hiasan kerana mempunyai bunga yang putih bersih menjadikan setiap sudut rumah anda nampak harmonis. Selain itu pokok ini senang dijaga dan berfungsi menapis benzene, formaldehyde, acetone, amonia and trichloroethylene dari dalam udara.




Ceriakan Dapur Anda dengan Nippon Paint Color


Dapur anda lebih berseri dengan warna baru dari nippon paint Sunnyside Lane 7014T. Kombinasi dengan kitchen cabinet kayu menyerlahkan setiap sudut dapur anda, warnanya yang natural , mudah basuh dan antibaktiria menjadikan ia pilihan semua yang mengemari warna yang lembut, ceria dan selamat. Kunjungi pengedar cat yang terdekat untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Tips dan Panduan Pemilihan Warna Ruang Kediaman


Assalamualaikum, dan Selamat Menyambut Aidilfitri kepada semua umat Islam. kali ini saya akan berkongsi tips; Bagaimana memilih warna yang sesuai untuk kediaman anda. Pemilihan warna yang sesuai adalah penting dalam menentukan keceriaan sesebuah kediaman. Kesilapan memilih warna, mengundang padah..ini kerana warna yang tidak sesuai akan mencacatkan pemandangan dan memberi impak negetif kepada emosi seseorang. 


Secara keseluruhan terdapat warna yang hanya sesuai untuk ruang atau bilik tertentu dan ia amat penting untuk anda ketahui sebelum anda memilih warna yang ingin anda gunakan yang ­ingin digunakan nanti. Sebagai contoh ; ruang tamu umpamanya, warna terang amat sesuai untuk disesuaikan dengan ruang ini kerana ia menjadi ruang anda akan lalui sehari hari ketika masuk dan keluar rumah.  

Warna biru sesuai bagi yang ingin ketenangan, kerana warna ini dapat mewujudkan suasana yang santai dan damai. Manakala warna hijau melambangkan kesegaran dan keselesaan. Warna Kelabu pula menjadikan ruang tamu kelihat moden dan harmoni..manakala warna kuning melambangkan kemewahan dan elegen. Padanan warna terang dan gelap perlu disesuai dengan betul agar menghasilkan kombinasi warna yang menarik. Seperti di atas kombinasi warna biru dan putih menjadikan ruang tersebut nampak menarik. 
Kalau boleh elakkan menggunakan warna yang terlalu terang untuk keseluruhan ruang..seperti warna kuning dan merah. Ini kerana penggunaan warna yang keterlaluan akan menyakitkan mata memandang. Warna gelap sesuai untuk ruang yang luas dan cahaya yang terang atau mencukupi. Akhir sekali dapatkan nasihat daripada pakar, sekiranya anda tidak begitu pasti.

Panduan Membeli Rumah dibawah Skim Rumah Pertamaku


Skim Rumah Pertamaku mula diperkenalkan pada awal tahun 2011 oleh kerajaan dengan tujuan untuk membantu golongan muda, yang telah menyertai tenaga kerja dan mendapat RM3, 000 sebulan atau kurang, untuk memiliki rumah pertama mereka . Selepas pengumuman Bajet 2013, kelayakan pendapatan bulanan telah dinaikkan kepada RM5, 000 untuk individu atau RM10, 000 untuk pasangan.
Skim ini membolehkan golongan muda untuk mendapatkan 100% pembiayaan daripada institusi kewangan (100% LTV / margin berbanding dengan biasa 90% yang ditawarkan oleh kebanyakan bank-bank), yang membolehkan mereka untuk memiliki rumah pertama mereka tanpa perlu membayar 10% bayaran pendahuluan. Pembeli masih perlu membayar yuran tempahan dan / atau deposit kepada penjual di bawah syarat-syarat Perjanjian Jual Beli, sementara menunggu pembayaran pembiayaan rumah oleh bank. Apabila dokumentasi pembiayaan selesai, pembeli kemudian akan balik dari pembayaran pembiayaan oleh bank. Pembeli boleh cuba untuk membuat perkiraan dengan penjual untuk penangguhan pembayaran deposit belum selesai pembayaran oleh bank; permintaan tersebut adalah bergantung kepada kesanggupan penjual.
Cagamas SRP Berhad akan menjamin bank atas pembiayaan di atas paras 90%, iaitu jika peminjam mendapat pembiayaan 100%, Cagamas SRP akan menjamin sebanyak 10% (sekali gus meningkatkan 90% hingga 100%) daripada pembiayaan. Dengan skim ini, anda juga boleh menikmati pengecualian 50% duti setem bagi pembelian harta kediaman pertama anda dan ini boleh didapati sehingga 31 Disember 2014.

Tips Ringkas Dekorasi di Hari Raya


Menjelang beberapa hari lagi umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri, sudah tentu ramai yang sudah menyiapkan rumah dengan pelbagai hiasan dan perabut baru bagi menyambut tetamu yang berkunjung. Ada yang menghabiskan beribu-ribu ringgit bagi menghias rumah mereka agar tampak menarik dan elegen, namun bagi yang tidak mempunyai bajet yang lebih..cukup sekadar membuat sedikit perubahan kepada dekorasi rumah kita untuk menampakkan kelainan. Kalau boleh fokoskan  untuk ruang tamu dan ruang makan terlebih dahulu. Dua ruang ini adalah yang paling penting bagi menyambut tetamu dan menyediakan juadah hari raya. Antara yang boleh saya kongsikan di sini ialah;


1. Susun atur semula perabut di rumah kita agar nampak lebih ceria dan menarik. Barangan yang tidak perlu- simpan terlebih dahulu di dalam stor. elakkan letakkan terlalu banyak perabut, kerana ini akan mencacatkan pemandangan dan menyempitkan ruang. Bagi barangan untuk display kat rak..utama yang kecil dihadapan, manakala yang besar dibelakang.


2. Kebiasaan bagi yang biasa menghias rumah, langsir memainkan peranan yang amat penting dalam menghidupkan suasana hari raya..langsir yang baru memberi mood hari raya bagi pemilik kediaman dan juga tetamu yang datang berkunjung. Langsir juga memainkan peranan sebagaimana wallpaper. Jika kediaman sudah ada wallpaper bercorak abstrak bewarna kuning coklat, pilih langsir bercorak ringkas atau warna polos. Ini untuk menampakkan keseimbangan pada ruang dan warna.

5 Tips Memilih Lampu Lantai Rumah


Terdapat beberapa ketegori lampu hiasan yang perlu anda tahu antaranya lampu lantai, lampu siling, lampu, dinding, lampu meja dan juga lampu sorot. Untuk kali ini saya akan menerangkan tentang lampu lantai. Dalam memilih lampu lantai yang sesuai untuk rumah anda pastikan mengamalkan 5 tips di atas.


Lampu lantai sememangnya popular dan amat trendy untuk dipadankan dengan kemasan lantai baru, cahayanya menarik menyerlahkan lagi ruang sekitar dan menambahkan lagi romantis di kamar anda. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa kekurangan tentang lampu lantai, antaranya ia memerlukan soket elektrik yang hampir dan wayar yang panjang boleh menyebabkan risiko kemalangan (Elakkan wayar menghalang laluan ). Rujuk panduan di atas untuk lebih jelas.

Berhari Raya dengan Barangan IKEA


Assalamualaikum dan salam Ramadan, dalam menyambut Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi, Suri rumah terutamanya sibuk menghias rumah mereka agar berseri-seri di hari Raya nanti. Bagi yang berkesempatan berkunjung ke Ikea, Damansara, banyak pilihan perabut, textiles, dan bermacam-macam lagi peralatan hiasan rumah boleh didapati di sana. Terdapat juga promosi atau rebate untuk fabric sofa.



Di Ikea, anda boleh memilih sendiri barangan kesukaan anda. di samping itu anda boleh mendapatkan inspirasi @ idea bagi tujuan mengubah suai rumah anda agar lebih menyerlah di hari Raya. Bagi yang ingin menukar langsir baru , terdapat pelbagai pilihan langsir yang menarik di Ikea..dan harganya berpatutan.


Bagi mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjut tentang barangan ikea, promosi, rebate dan sebagainya bolehlah melayari IKEA DAMANSARA.