Indoor Garden Demensi Baru Dekorasi Moden


Idea atau konsep indoor garden sememangnya unik dan memberikan satu demensi yang baru bagi mereka yang tinggal di bandar-bandar besar dan sukakan kehijauan, namun tidak ada ruang untuk menanam diluar rumah. Di sini saya tampilkan Idea-idea menarik dan amat sesuai dijadikan model bagi mereka yang sukakan kehijauan dan citarasa yang unik dan menyegarkan.


Bagi anda yang sukakan suasana yang nyaman dan menyegarkan, terutamanya di bilik mandi atau tandas. Penanaman pokok palma disertakan dengan tumbuhan bunga-bungaan..menjadikan pengalaman berada di ruangan ini amat menenangkan.


Ini pula hasil dekorasi menarik dengan menanam pokok kaktus sebagai hiasan dan penyeri rumah kediaman, resort atau hotel. Menarik bukan!


Bagi anda yang menyukai tanaman bonsai, bolehlah meletakkan disudut tertentu di ruang kediaman anda agar tampak lebih elegen dan bergaya dengan tumbuhan bernilai tinggi.






Tips Hiasan Dekorasi ala Inggeris


Bagi anda yang berminat dengan hiasan ala Inggeris dan tidak tahu bagaimana nak bermula, hari ini saya ingin berkongsi tips tentang tatacara menghias kediaman anda agar tampak lebih elegen dengan hiasan ala Inggeris.

Tips yang perlu ada dalam dekorasi ala Inggeris

1. Warna memainkan peranan penting dalam menentukan hala tuju dekorasi anda. Bagi yang baru saya syorkan anda gunakan warna pastel – warna tak Nampak striking sangat . Warna-warna seperti Biru muda bagi anda mahukan suasana romantis, manakala warna merah samar bagi anda yang inginkan suasana feminin. 

Untuk mewujudkan suasana segar dan neutral anda bolehlah gunakan warna hijau krim dan warna Kuning cari bagi mewujudkan suasana vintaj,elegen dan klasik.

2. Perkara kedua yang perlu dititik beratkan ialah penataan dinding, kebanyakan hiasan untuk dinding boleh didapati dengan mudah di kedai-kedai hiasan rumah, dan ada juga yang dijual secara online. Namun apa yang penting ialah jangan terlalu banyak menghias sehingga menyaratkan atau menyesakkan pemandangan.

Mulakan menghiaskan dinding seperti koridor, dinding tangga, dapur dan juga tandas agar tampak lebih menarik dan mewujudkan suasana keinggerisan.

3.Perkara ketiga yang perlu anda ambil perhatian ialah aksesori tambahan yang perlu ada dalam mendekorasi hiasan ala Inggeris seperti peralatan dapur ; pinggan mangkuk, teko, alas meja, sudu dan sebagainya. Seeloknya cari yang sesuai dan menampilkan gaya Inggeris. 

Bagi hiasan ruang tamu pula, saya sarankan anda cari fabric yang betul padan dengan warna dinding, terutamanya langsir, hamparan permaidani, alas meja, sarung bantal dan dsb. Bagi anda yang sudah ada sofa, anda bolehkan gayakan dengan sarung bantal yang bertemakan bungaan ala Inggeris. Bagi menampakkan ruang lebih menarik..seeloknya kurangkan dengan tema flora yang sarat..cuba cari corak polos, kekotak dan bungaan halus sebgai ganti.

4.Perkara keempat ialah hiasan bungaan sebagai memurnikan lagi hiasan ala Inggeris anda.  Bungaan yang sesuai perlu dihias disudut tertentu ruang seperti meja makan, dapur, balkoni , mahupun dikamar tidur anda.

5. Perkara kelima ialah pemilihan wallpaper atau kertas dinding yang menonjol dengan ciri ala Inggeris menjadikan kediaman anda serba lengkap dan menarik. 


Taman Herba Menarik untuk dikunjungi


Bagi anda yang meminati taman herba dan ingin mendapatkan pokok herba untuk hiasan rumah anda. Saya cadangkan anda berkunjung ke Taman Herba yang terletak di Lot 43, Beatiful Garden. Taman herba ini berada di laluan Jalan Sungai Buloh - Shah Alam, Selangor.Taman herba ini milik milik Sun Beauty Home & Landscaping Trading Sdn



Terdapat pelbagai pilihan tanaman herba yang boleh anda beli dan jadikan sebagai hiasan dan ubatan ketika perlu. Antara yang menjadi tarikan ialah ganda rusa, ketulang, sambung nyawa, gelas pecah, mahkota dewa, misai kucing, belalai gajah, sirih, kaduk, pegaga, inai, jubila dan banyak lagi pokok-pokok herba yang pelbagai jenis dan khasiat.



Terdapat banyak pilihan herba yang dijual disini dengan harga murah dari RM5 hingga RM 25 bergantung kepada saiz. Bagi anda yang meminati masakan itali dan barat, terdapat herba seperti oregano dan rosemary untuk dijadikan bahan asas dalam masakan. Begitu juga dengan pokok pudina yang diminati oleh orang Inggeris untuk dicampurkan dalam masakan daging dan sebagainya.


Bagi masyarakat Melayu mereka menggemari herba belalai gajah kerana khasiatnya yang tinggi dan dijadikan ulam atau dikisar untuk dijadikan minuman kerana ia mempunyai kebaikan tinggi sebagai pencegah dan pemulih penyakit kanser.


Antara taman herba lain yang mesti anda kunjungi di laluan sungai Buloh, iaitu..


SMM Landscape Sdn Bhd
Lot 16 & 17 Jalan Subang-Sungai Buloh
Selangor Green Lane
47000 Sungai Buloh
Selangor
Tel: 6016-2104 304 & 6012-3390 485
Mobile: 6019-339 0485 (Jade Law) 

Pun Sam Nursery
Lot 18 Selangor Green Lane
47000 Sg Buloh
Selangor
Tel/Fax: 603-6156 2522
Mobile: 6012-913 4088 (Weng Seng) 

Wellgrow Horticultural Centre
Lot 19 & 20, Jalan Subang Green Lane
47000 Sg Buloh
Selangor
Tel: 603-6156 8017 & 6157 8017
Mobile: 6019-331 2368 (Nicole Chik Lai Ming)

Warisan Hijau Tropics Landscape Sdn Bhd
Lot 21 Jalan Subang Kampung Baru
47000 Sg Buloh
Selangor
Mobile: 6012-211 3353 (Sunny CH Yap)
Tel/Fax: 603-6140 2764
Email: soonleelandscape@gmail.com

Scenic Tropical Garden
Lot 22 17 Jalan Sungai Buloh
47000 Sg Buloh
Selangor
Tel: 603-6157 1525
Mobile: 6012-251 2590 (Carol Chan)

Soon Lee Nursery
Lot 23, Jalan Sungai Buloh-Subang,
Selangor Green Lane,
47000 Sungai Buloh
Tel: 6012-221 8092 (Yap Ah Tee), 016-686 2362 (Yap Kok Seng) & 016-616 1001 (Miri)

Kean Huat Nursery & Landscaping Sdn Bhd
Lot 24, Jalan Sungai Buloh-Subang,
Selangor Green Lane,
47000 Sungai Buloh
Tel/Fax: 603-6733 2893

Vase Trading
Lot 28, Jalan Sungai Buloh-Subang,
Selangor Green Lane,
47000 Sungai Buloh
Tel: 6012-651 2333 (Goh)

Pelangi Landscape Sdn Bhd
Lot 38, Jalan Sungai Buloh-Subang,
Selangor Green Lane,
47000 Sungai Buloh
Tel: 6012-988 3109 (Mr Steven Yap)

Sun Beauty Home & Landscaping Trading Sdn Bhd
Lot 43 Jalan Sungai Buloh-Shah Alam
Batu 16 (Selangor Green Lane)
47000 Sungai Buloh
Mobile: 6012-683 6170

My Unique Garden
Lot 43A Kebun Bunga
Taman Perindustrian Sungai Buloh
47000 Sungai Buloh
Selangor
Mobile: 6016-335 3562 (Eddie Tan)

Delima Tani (M) Sdn Bhd
Lot 49 & 50, Jalan Sungai Buloh-Subang,
Selangor Green Lane,
47000 Sungai Buloh
Tel: 012-203 4211 (Mr Albert Goh)

Lot 54, Jalan Sungai Buloh-Subang
Selangor Green Lane
47000 Sungai Buloh
Tel/Fax: 603-6157 0874
Mobile: 6019-311 6633, 012-363 7879 & 010-220 3838 (Mike Chiew B.W.)

Everflora Nursery & Landscape
Lot 55, Jalan Subang-Sungai Buloh
Selangor Green Lane
47000 Sungai Buloh
Selangor

Evershine Garden
Lot 56, Jalan Sungai Buloh-Subang,
Selangor Green Lane,
47000 Sungai Buloh
Tel: 012-317 0630 (Raju) & 012-273 0918 (Khoo)

Hew Pang Keong
Lot 57, Jalan Sungai Buloh-Subang,
Selangor Green Lane,
47000 Sungai Buloh
Tel: 016-318 9883

Paling Horticulture Sdn Bhd
Lot 61, Jalan Subang-Sungai Buloh,
Selangor Green Lane,
47000 Sungai Buloh
Selangor
Mobile: 6012-372 2006 (Bernards Looi)

Chia Yit Nursery
Lot 64, Jalan Sungai Buloh-Subang
Selangor Green Lane
47000 Sungai Buloh

K.C. Landscape Services
Lot 66 Jalan Sungai Buloh-Subang
Selangor Green Lane
47000 Sungai Buloh
Mobile: 6012-321 1127 (Jolene Tan)
Asia Nursery
Lot 67 & 68 Tanah Simpanan JBA
Jalan Sungai Buloh-Shah Alam
47000 Sungai Buloh
Tel: 6012-273 0918 (Ms Khoo) & 6012-314 2368 (Alam)



Green Acre Florist & Orchid Shop
Lot 69, Jalan Sungai Buloh-Subang,
Selangor Green Lane,
47000 Sungai Buloh
Tel: 012-694 8284 (Ah Weng)

Soon Li Bonsai Nursery
Lot 70, Jalan Sungai Buloh
Sungai Buloh
Tel: 017-848 4982 & 012-643 1584 (Adam Lim)


Kiub Wardrobe dari TupperCabinet


Selemat bertemu kembali dalam lamandeco, kali ini saya ini berkongsi dengan anda semua tentang kabinet kiub 'Tupper-Cabinet' yang senang dipasang (D.I.Y) dan mudah dibawa kemana-mana. Inovasi Kabinet Kiub Wardrobe dari TupperCabinet adalah salah rekaan yang menarik dari korea dan boleh didapati di pasaran dalam talian.


Kabinet ini amat sesuai untuk dijadikan tempat penyimpanan barangan seperti baju, kasut, alat mainan, dan bermacam-macam lagi. Kabinet ini didatangkan dalam bentuk kiub yang sesuai untuk kediaman anda dan anda tidak perlu bimbang kerana ianya senang dialih dan diubah mengikut citarasa anda sendiri.


Apa yang menarik tentang kabinet tupper ialah tiada pemutar skru diperlukan, Sebaliknya kabinet Tupper boleh dipasang menggunakan tangan sahaja. Begitu mudah. Tupper kabinet diperbuat daripada bahan kalis air dan kalis habuk. Mencucinya juga begitu mudah> hanya perlukan kain lembap untuk mencucinya. 



Tupper kabinet diperbuat daripada bahan2 yang mesra dan bebas daripada asid formik. Produk ini telah dihantar untuk ujian makmal bagi jaminan kualiti. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang produk inovasi ini, anda bolehlah mengunjungi ; http://www.lazada.com.my/shoptupper-cabinet/#Q0Cv25uY13  untuk mendapatan maklumat lanjut.

Lazada Home & Living 2014





Assalamualaikum dan bertemu kembali dalam lamandeco. Kali ini lamandeco ingin berkongsi  tips dan panduan bagi anda yang sentiasa sibuk dan tidak mempunyai masa untuk membeli belah bagi keperluan rumah anda. Apa kata anda cuba layari Lazada Home decor bagi keperluan hiasan rumah anda.


Kini Lazada Malaysia mengadakan promosi Home & Living dengan harga yang menarik dan berpatutan sesuai untuk keperluan rumah anda dengan tawaran harga runtuh. Antara barangan yang menarik yang di tawarkan oleh Lazada Online, antaranya:



1. Lazada dish drainer - Harga RM 46 ( Harga Asal RM 99)


2. Lazada shoe rack - Harga RM 48.00 ( Harga Asal RM 75.90)


3. Lazada smart tupperware  - Harga RM 29.00 ( Harga Asal RM99)





5. Lazada wardrobe cubespink - Harga RM 269.90 (Asal RM400 )

Tips dan Panduan Membeli belah secara online

1. Pastikan anda menyenaraikan senarai barangan yang ingin anda beli atau mahu.

2. Tetapkan bajet untuk pembelian barangan yang diinginkan. Jangan beli sekiranya ia melebihi bajet anda.

3. Beli barangan yang penting dan berguna sahaja.

4. Pastikan anda membuat pilihan barangan dengan membaca info/maklumat yang diberikan seperti Harga, kegunaan, brand, warna dan sebagainya.

5. Bandingkan harga dengan barangan yang sama jenis..buatlah pilihan yang tepat.


Selamat membeli belah online..





Hiasan Dalaman Apartment Moden


Assalamualaikum dan bertemu kembali dalam lamandeco, kali ini lamandeco ingin menampilkan beberapa idea dan gambar sekitar dekorasi apartment yang menarik. Dekorasi apartment kadangkala mendatangkan masalah sekiranya tidak dirancang dengan teliti. Pemilihan perabot yang tidak sesuai akan menjadikan sesebuah apartment itu kelihatan sempit dan suram.











Pemilihan Warna Yang Sesuai Membantu Menyerlahkan Ruang!


Cat adalah salah satu cara yang paling mudah untuk mengubah rumah anda. Cat adalah alat menghias yang mempunyai impak yang besar untuk keseluruhan rumah, sama ada anda mengecat dinding rumah, perabot, kabinet dapur, atau aksesori yang lain.


Memilih warna yang tepat adalah langkah pertama dalam mana-mana dekorasi yang ingin anda lakukan. Pemilihan warna cat akan berbeza-beza dan bergantung kepada mood anda inginkan. Setiap warna mempunyai elemen yang tersendiri dan memberi mood yang berbeza-beza. Warna cerah dan lembut seperti warna kuning, biru, ungu dan putih akan memberikan suasana yang segar,nyaman dan luas.



Sekiranya anda membeli sofa, perabot, langsir dan sebagainya. Cat merupakan antara yang paling penting untuk mengharmonikan ruang tersebut. Pemilihan perabot yang tidak selari dengan warna tidak sesuai atau carca marba akan mencacatkan keseluruhan ruang. 


Idea Dekorasi Bilik Tidur Sempit


Bilik tidur yang sempit bukanlah alasan untuk anda tidak kreatif Dan tidak melakukan dekorasi, sebaliknya ianya akan menjadikan kita sentiasa mencari idea untuk melakukan sesuatu perubahan dan pengubahsuaian.


Bagi bilik sempit, tips yang berguna yang perlu anda titik beratkan ialah penggunaan ruang yang optimum. Gunakan ruang yang sedia ada dengan membuat sedikit pengubahsuaian yang tidak keterlaluan. 

Penggunaan kabinet yang multipurpose dan berwarna cerah seperti cream dan putih atau warna kayu yang cerah akan dapat menjimatkan dan memberi impak yang luas kepada ruang. Di samping itu, penggunaan lantai kayu akan menyuntik mood yang segar dan luas bagi sesebuah bilik atau ruang.


Tips ke-2 yang tidak kurang juga pentingnya ialah pencahayaan di dalam bilik. Gunakan secara maksimum cahaya semulajadi  untuk menerangi bilik anda dan cuba elakkan perabot yang menghalang terus cahaya tersebut. Seeloknya anda gunakan blinds atau sheeer berbanding langsir.

Sekiranya bilik tersebut tidak mempunyai tingkap yang besar atau gelap lantaran cahaya lampu siling tidak cukup untuk menerangi secukupnya bilik tidur. Anda perlu tambahkan lampu meja atau lantai.

Tips seterusnya ialah gunakan warna-warna pastel bagi memberi suntikan baru bagi bilik tidur anda agar tampak kelainan dan memberi nafas baru. Warna pastel merupakan warna yang bersifat lembut, pucat, dan cair dengan tidak keterlaluan strick pada warna..seperti warna hijau + putih akan jadi warna pastel yang lembut.




Bagaimana Jadikan Dapur Anda Kelihatan Menarik dan Kemas?


Dapur merupakan elemen yang amat penting dalam sesebuah rumah. Ini kerana dapur menjadi tempat di mana pemilik akan menghabiskan banyak masa untuk menyediakan juadah masakan di sini dan bagi sesetengah rumah moden..dapur merupakan ruang yang terletak dibahagian paling depan. Memahami situasi ini, Lamandeco ingin kongsikan 5  idea ringkas susun atur dapur anda supaya kelihatan kemas dan teratur. 

1. Susun perkakasan dapur anda mengikut aturan yang betul.
Pastikan anda tidak meletakkan perkakasan dapur berselerakan dan bertaburan dimerata tempat. Kalau boleh anda letakkan di dalam rak yang khas atau partition. Perkakasan yang selalu digunakan mestilah diletakkan dibahagian luar..sebagai contoh pinggan mangkuk, senduk, sudu, rempah ratus dan sebagainya. Alatan yang tajam seperti pisau mestilah diletakkan ditempat yang selamat ..

2. Sangkut bekas kecil atau anda boleh memasang hook pada pintu kabinet. 
Ruangan ini tidak harus dibazirkan bukan. Bolehlah anda meletakkan barangan dapur yang kecil-kecil dalam bekas tersebut  dan menggantungkan peralatan yang sesuai di hook yang dipasang ( pastikan hook tersebut dipasang betul-betul kukuh ya) .Selain memanfaatkan ruangan ini, dapur juga tidak nampak berserabut kerana barangan ‘tersembunyi’  dan tidak dapat dilihat dari luar.



3. Labelkan barangan  seperti rempah ratus, serbuk minuman, tepung dan sebagainya dalam bekas.
Dengan melebelkan barangan ini akan memudahkan anda untuk memasak dan nampak lebih kemas apabila diletakan di dalam storage. Balang kaca yang jernih menjadi pilihan pengguna kerana fungsinya sebagai salah satu hiasan yang menarik di dapur selain bungaan.



4. Bagi dapur yang sempit, manfaatkan ruang yang ada dengan semaksimum mungkin untuk memastikan perkakasan dapur dapat disimpan dengan baik dan teratur. Bagi dapur yang sempit, anda disarankan menggunakan kabinet atas atau rak bertingkat untuk mengisi barangan dapur seperti periuk, kuali, alatan memasak, dan sebagainya. 

5. Akhir sekali, saya sarankan supaya anda tidak menyaratkan dapur anda dengan perkakasan yang besar dan seperti meja makan bersaiz XXL, Mesin basuh, pasu bunga dan sebagainya. Gunakan warna yang terang bagi dinding dapur anda bagi mewujudkan mood yang segar dan memberi impak kepada dapur agar tampak lebih luas.

Bergaya dengan Langsir baru Sempena Aidilfitri


Langsir merupakan elemen yang amat penting dalam memberi mood segar dan menyuntik suasana hari Raya yang bakal menjelang tiba. Bagi mereka yang sibuk dan tidak berkesempatan untuk menjahit langsir baru. Kini, terdapat pelbagai aneka corak fabrik dan gaya langsir yang boleh anda dapati antara di Gedung-gedung terkemuka seperti Coulisse Netherlands BV, Laurea, SSF Home décor, Elyza’s, Home’s Harmony, ikea dan banyak lagi.

Disamping banyak pilihan langsir yang ditawarkan anda juga boleh mendapatkan khidmat nasihat untuk mengayakan langsir mengikut ruang pilihan anda. Pemilihan fabrik yang bermutu tinggi dan padanan corak yang menarik akan menyerlahkan lagi keanggunan ruang dan menyerikan lagi suasana Hari Lebaran kali ini.

Pemilihan dan Pengayaan tirai mengikut tema seperti Klasik, Kontemporari, Kedesaan dan Moden perlu disesuaikan dengan ruang rumah anda dengan mengambil kira keluasan, ketinggian dan mood anda agar pilihan yang dibuat adalah tepat dan bersesuaian. Gaya moden dilihat menjadi trend masa kini kerana gaya ini amat ringkas, warna yang lembut dan kebiasaan coraknya tidak sarat, menjadikan sesuatu ruang itu kelihatan lebih sempurna dan tidak serabut.

Lazada Home Decor - Raya Special Offer


Selamat berkunjung ke Lamandeco edisi raya. Alhamdulillah Ramadhan kini menjelang tiba, pastinya umat Islam menantikannya dengan penuh gembira mengharapkan keampunan dan ganjaran berlipat kali ganda dari Allah yang Maha Esa. Dikesempatan ini, saya selaku editor di lamandeco ingin mengucapkan selamat berpuasa. 




Kali ini, saya ingin berkongsi mengenai tawaran hebat sempena hari raya di Lazada.com.my yang menawarkan pelbagai barangan keperluan raya anda dengan potongan sehingga 78% diskaun. Tawaran Raya Lazada meliputi barangan perabut sehinggalah pakaian kelengkapan raya yang pastinya menarik.




Bagi anda yang sentiasa sibuk dan tidak mempunyai masa untuk membeli-belah dipasaraya pastinya akan mengalami pengalaman yang sama ketika membeli belah di lazada online store. Segala kelengkapan dan keperluan raya akan terus dihantar ke rumah anda tanpa perlu anda keluar ke mana-mana.



Tawaran hebat ini bermula dari 16 Jun 2014 sehingga 12 julai 2014. Bagi anda yang berminat bolehlah terus melayari http://www.lazada.com.my/syawal-special/ untuk melihat sendiri tawaran dari Lazada Malaysia.


Idea Dekorasi Menarik 2014

Dekorasi yang menarik memerlukan  perancangan yang betul, idea yang bijak dan Keuwangan yang mencukupi. Sekiranya anda tidak merancang dengan betul, ruang yang sedia ada akan menjadi lebih sempit dan memberi impak yang kurang menarik sedangkan tujuan utama ubah suai dilakukan adalah untuk meluaskan ruang kediaman.
Bagi yang suka menghias atau ingin mendekorasi ruang, laman, bilik mandi, dapur dan sebagainya. Anda seharusnya banyak membuat rujukan di majalah, internet, bahan bacaan atau merujuk kepada pakar dalam bidang ini. Perancangan yang teliti dan teratur akan memberikan hasil yang menarik dan sesuai dengan citarasa anda.
Di sini saya tampilkan beberapa dekorasi yang menarik dalam tahun 2014 untuk anda menilai dan mengadaptasikan dalam dekorasi anda. 
1. Dekorasi Menarik untuk Apartment

2. Dekorasi Ruang Tamu 


3. Ruang Makan Menarik 2014


4. Bilik Tidur Anak Perempuan Yang Simple



5. Dekorasi Bilik Mandi / Tandas Yang Sempit




Semoga Idea-idea dan Inspirasi yang ditampilkan ini akan membantu anda dalam membuat keputusan dan mencari idea yang tepat untuk mengubah suai kediaman anda.. Terima kasih kerana melayari lamandeco.






Tips Pasang Partition Dinding Rumah


Dinding sesekat atau lebih dikenali sebagai partition, direka bagi mewujudkan pembahagi antara sesuatu ruang dengan ruangan yang lain. Pemilihan penghadang dinding yang sesuai,cantik dan kreatif, akan mampu menaikkan lagi seri rumah selain mengekalkan nilai estetik sesebuah rumah.

Penghadang ni bagus ada di rumah sebagai dinding sementara dan membahagikan ruang dalam rumah kepada dua bahagian dengan fungsi yang berbeza. Selain itu, adanya penghadang juga dapat menjimatkan kos anda untuk membina dinding baru hanya sebab mahu ruang tambahan dalam rumah.


Penghadang mempunyai pelbagai fungsi dan motif. Ini bergantung kepada keperluan sesebuah keluarga. Sekiranya mereka mahukan privasi, penghadang yang sesuai perlu digunakan bagi menghalang pandangan orang luar atau tetamu yang datang. Penghadang mempunyai fungsi sebagai rak buku, pembahagi antara ruang seperti ruang makan, bilik tontonan, ruang rehat, bilik bacaan dan sebagainya. Terdapat pelbagai jenis penghadang dipasaran. Pemilihan mestilah dibuat berdasarkan saiz ruang, tinggi siling, dan biarlah mengikut tema atau warna.